Wira Batang Kali turun padang, Frankie dan Denti beraksi di ‘Masjid India’

Dua anjing Unit Pengesan (K9), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Denti dan Frankie dibawa ke lokasi tanah jerlus di Masjid India di sini pada Selasa.

Denti dan Frankie dilihat tiba di lokasi kira-kira jam 5 petang, sebagai usaha membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India, Vijaya Lakshmi, 48.

Kelihatan, anggota JBPM telah membawa K9 itu di lokasi sekitar tanah jerlus.



Kehadiran unit khas itu telah mencuri perhatian orang awam di sekitar lokasi selain menjadi tumpuan petugas media.

Pada hari pertama insiden iaitu Jumaat lepas, JBPM sudah menggunakan khidmat unit anjing pengesan itu, namun tidak mendapat petunjuk.

Denti dan Frankie pernah menambat hati rakyat Malaysia ketika terlibat dalam operasi SAR tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor, akhir tahun lepas.

Beberapa bulan selepas itu, Denti dan Frenkie yang sudah tujuh tahun berkhidmat diterbangkan ke bumi Turkiye selama 14 hari, bagi membantu operasi khas SAR gempa bumi yang meragut kira-kira 50,000 nyawa pada Februari tahun ini.



Lebih 30 petugas media berada di lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, pada Selasa.

 

Setakat hari kelima operasi SAR, pencarian turut melibatkan Agensi Nuklear Malaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).

Setakat jam 6.15 petang, usaha mencari mangsa masih dijalankan.

Selain itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi juga mendapati beberapa premis kedai yang sebelum ini ditutup kerana insiden terbabit kembali dibuka pada Selasa.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pelbagai usaha sudah dilakukan pasukan SAR termasuk menggunakan botol untuk melihat tempoh sesuatu objek boleh sampai ke lokasi akhir iaitu loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam.

Mangsa sebelum ini dilaporkan terjatuh di kedalaman kira-kira lapan meter.

 

Antara premis di Jalam Masjid India, Kuala Lumpur yang kembali dibuka pada Selasa.
Antara premis di Jalam Masjid India, Kuala Lumpur yang kembali dibuka pada Selasa.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO bukan parti abah saya



Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam

Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36



Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker