Muhyiddin dituduh menghasut

Muhyiddin dituduh menghasut

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Gua Musang atas tuduhan mengeluarkan perkataan hasutan dalam ceramah ketika kempen PRK Nenggiri.

Muhyiddin, yang juga pengerusi Perikatan Nasional membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Tarmizie Nik Shukri.



Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara hingga tiga tahun, atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Pertuduhan itu berkaitan ucapan Muhyiddin yang dibuat semasa berkempen di Felda Perasu, Gua Musang, Kelantan, pada 14 Ogos.

Kenyataan presiden Bersatu itu menyebabkan 29 laporan polis dibuat terhadapnya dan turut ditegur Istana Pahang.

Kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan diperincikan dalam lampiran kertas pertuduhan.



Menurut transkrip itu, Muhyiddin mempersoalkan mengapa beliau tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri selepas PRU15, walaupun mendapat sokongan 115 Ahli Parlimen.

Siapa Yang di-Pertuan Agong dulu? Faham dah la eh, tulis transkrip itu.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM5,000 dan menjadualkan sebutan kes seterusnya pada 4 Nov.

Pasukan pendakwaan enam anggota diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Umar Sarifuddin Jaafar manakala Muhyiddin diwakili oleh Amer Hamzah Arshad, Chetan Jethwani, Takiyuddin Hassan, Nasir Abdullah dan Mariana Mat Kudin. FMT



Muhyiddin dituduh menghasut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO bukan parti abah saya



Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam

Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36



Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker