‘Dapat PA mulut tiada insurans memang hmm’

Umie Aida menasihati agar rakan selebriti berhati-hati memilih pembantu peribadi.

‘Dapat PA mulut tiada insurans memang hmm’

Susulan pembongkaran ‘tembelang’ pembantu peribadi pelakon Uqasha Senrose, penerbit Datin Seri Umie Aida menasihati selebriti lain agar berhati-hati dalam memilih orang untuk menguruskan kerjaya.

Umie atau nama lengkapnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 50, turut mengingatkan rakan seperjuangan agar jangan membenarkan pengurus atau pembantu peribadi masuk campur hal privasi mereka.



“Artis kena berhati-hati bila ambil PA (pembantu peribadi).

“Kalau boleh jangan bagi PA masuk dalam kehidupan peribadi kita,” katanya menerusi Instagram.

Penerbit dan pelakon itu juga mengakui seseorang penggiat seni berisiko berdepan masalah andai mendapat pekerja yang bersifat negatif.

“Kalau dapat PA yang tidak amanah dan mulut tiada insurans, hmm (mengeluh). Berhati-hati,” tegasnya.



Perkara tersebut diluahkan selepas mengikuti pendedahan Uqasha berkenaan sikap sebenar bekas pembantu peribadinya yang menceroboh privasi.

Semalam, isteri kepada pelakon Kamal Adli itu mendedahkan ‘tembelang’ pembantu peribadi apabila tidak sedar dek untung kerana menuduhnya melakukan serangan fizikal ketika berkhidmat dengan aktres terbabit.

Sejak minggu lalu, nama Uqasha terpalit dengan kontroversi seorang artis wanita popular didakwa memukul pembantu peribadi sehingga menjadi perbualan hangat netizen.

Bagaimanapun, ibu kepada seorang anak itu menafikan dakwaan tersebut selain menegaskan dia tidak tergamak melakukan hal sebegitu. K Online



‘Dapat PA mulut tiada insurans memang hmm’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO bukan parti abah saya



Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam

Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36



Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker