Apakah pemimpin Bersatu ingat YDPA senang ditipu dan dikelirukan?

Pemimpin Bersatu dakwa Zahid tipu dan kelirukan Agong

Apakah pemimpin Bersatu ingat YDPA senang ditipu dan dikelirukan?

Ketua Penerangan Bersatu Wilayah Persekutuan, Tun Faisal Ismail Aziz hari ini tampil mendakwa susulan pendedahan Muhyiddin Yassin yang dia telah mendapat 115 akuan berkanun (SD) yang menyokongnya sebagai perdana menteri, maka kerajaan hari diandaikan tidak mempunyai majoriti yang diperlukan ketika mengangkat sumpah.

Justeru, kata bekas pemimpin Umno Putrajaya itu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi perlu menjawab tuduhan-tuduhan berkenaan.



“Zahid didakwa telah menipu dan mengelirukan Yang di-Pertuan Agong dengan mendakwa beliau mempunyai semua 30 SD dan sokongan penuh daripada 30 ahli parlimen BN untuk menamakan Anwar sebagai perdana menteri, yang boleh dianggap sebagai satu kesalahan serius.

“Berdasarkan dakwaan serius ini, Zahid harus menghadapi tindakan undang-undang, dan Anwar perlu menunjukkan bukti bahawa beliau mempunyai sokongan yang mencukupi pada 21 dan 23 November 2022 sebelum mengangkat sumpah sebagai perdana menteri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Muhyiddin selepas siasatan pada 21 Ogos lalu memaklumkan dia telah menyerahkan 115 SD yang menyokong dirinya sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-15 pada November 2022 kepada polis.

Dia juga menyerahkan surat akuan penerimaan SD berkenaan daripada setiausaha sulit kepada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



Dia juga menyebut bahawa turut disertakan bersama adalah 51 SD daripada PN, PAS (22), Gabungan Parti Sarawak (GPS – 22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS – 6), Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM – 1), serta SD daripada 10 ahli Parlimen BN dan dua ahli Parlimen bebas.

SD itu dikatakan dikumpul sejurus selepas PRU15, yang berakhir dengan parlimen yang tergantung.

GPS dan GRS pada mulanya dikatakan menyokong Muhyiddin, tetapi kemudiannya menukar sokongan mereka kepada Anwar susulan titah Al-Sultan Abdullah yang menasihatkan ahli Parlimen untuk membentuk “kerajaan perpaduan”.

Sehari kemudian, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tampil menjelaskan 10 SD daripada ahli parlimen BN itu adalah tidak sah.



Ini kerana, katanya ahli parlimen BN telah menandatangani tiga dokumen yang menyerahkan kuasa kepadanya sebagai presiden parti, mengakui mana-mana kerusi yang dimenangi adalah milik parti, dan perjanjian untuk membayar denda RM100 juta jika mereka keluar parti atau menyokong orang lain, jelasnya.

Selain itu, menurut Zahid, 115 SD yang dikatakan itu termasuk 10 SD daripada ahli parlimen BN yang menandatangani dua SD.

Sekarang kita nak tanya Tun Faisal, adakah YDPA senang ditipu dan dikeluarkan?

Jangan pandangan rendah dengan kebijaksanaan dan keupayaan Sultan Abdullah yang ketika itu menjadi YDPA. Baginda telah menyaksikan dan terlibat dengan pertukaran 5 Perdana Menteri.



Kepada pemimpin Bersatu terutama Tun Faisal tolong simpan kebodohan itu, malu kepada rakyat saja.

Apakah pemimpin Bersatu ingat YDPA senang ditipu dan dikelirukan?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



UMNO bukan parti abah saya

Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam



Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36

Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker