Lelaki maut ditetak sekumpulan lelaki bertopeng

Lelaki maut ditetak sekumpulan lelaki bertopeng

Seorang lelaki maut ditetak sekumpulan lelaki bertopeng bersenjatakan parang di depan sebuah kedai gunting rambut di Taman Rim Baru, Jasin, malam tadi.

Dalam kejadian 8.39 malam itu, mangsa berusia 24 tahun yang cedera sempat menghubungi adik lelakinya berusia 22 tahun untuk membawanya ke Hospital Jasin, kata Ketua Polis Jasin Ahmad Jamil Radzi.



Adiknya turut dikejar kumpulan penjenayah berkenaan namun berjaya menyelamatkan diri sebelum melaporkan kejadian di IPD Jasin, tambahnya.

“Selepas adik mangsa menghantarnya ke hospital, kereta yang dipandunya dihalang sebuah lagi kereta dinaiki sekumpulan lelaki yang turut membawa sebilah parang yang bertindak memecahkan cermin keretanya.

Ketika lelaki berkenaan cuba melarikan diri, kereta yang dipandunya terlanggar sebuah ambulans, katanya, lapor Bernama.

Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 10.15 malam ketika mendapatkan rawatan.



Susulan itu, tiga lelaki masing-masing berusia 21, 22 dan 31 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ahmad Jamil berkata, usaha mengesan suspek lain yang masih bebas sedang giat dijalankan dan motif atau punca kejadian masih disiasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohamad Ehsan Abu Bakar di talian 016-5209501 atau 06-5292222 (sambungan 206).

Hari ini, tular di media sosial mengenai pergaduhan di luar Unit Kecemasan Hospital Jasin berpunca daripada kes tetak tersebut. FMT



Lelaki maut ditetak sekumpulan lelaki bertopeng

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO bukan parti abah saya



Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam

Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36



Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker