Jangan kasi paniklah, Ka Siong

Jangan kasi paniklah, Ka Siong

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menggesa pendahulunya Wee Ka Siong tidak membuat orang ramai panik susulan kritikannya terhadap Malaysia Airlines (MAS).

Mengakui terdapat kebimbingan awam, Loke berkata tiada keperluan mempersoalkan sikap profesional MAS dan Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) dalam menangani sesuatu isu.



“Kita sentiasa percaya pada mereka untuk memastikan semua perkara berjalan dengan selamat.

“Kita juga sudah tentu tidak meremehkan kebimbangan itu,” katanya dalam sidang media di kementeriannya di Putrajaya awal petang ini.

Tiga hari lalu, Wee berkata Loke tidak patut membuatkan krisis keyakinan terhadap MAS berterusan kerana ia boleh menjejaskan reputasi negara dan berpotensi mengundang kerugian.

Wee berkata demikian susulan beberapa insiden yang melibatkan pesawat syarikat itu, termasuk kes terbaru pesawat dari Kuala Lumpur ke Shanghai berpatah balik susulan masalah tekanan kabin.



Presiden MCA juga menyenaraikan tujuh lagi insiden yang berlaku sepanjang tahun ini. Mk

Jangan kasi paniklah, Ka Siong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



UMNO bukan parti abah saya

Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam



Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36

Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker