Ini sebab Remy Ishak dapat anugerah Datuk

Ini sebab Remy Ishak dapat anugerah Datuk

Menjawab dakwaan laporan media yang mengatakan Datuk Remy Ishak dianugerahkan gelaran Datuk hanya selepas membawakan watak Hang Tuah di sebuah pementasan teater di Melaka tahun lalu, pihak pengurusan pelakon itu tampil memberikan penjelasan.

Menurut pengurusnya, Azlin Abas, laporan tersebut tidak tepat sedangkan Remy atau nama sebenarnya, Zalimei Ishak, 42, sudah bekerja keras sejak 20 tahun lalu sebagai seorang anak seni.



“Saya rasa hanya kebetulan sahaja Remy pernah menjayakan watak Hang Tuah dalam sebuah pementasan teater di Melaka Julai tahun lalu.

“Itu bukan satu-satunya sebab mengapa dia diberikan penganugerahan. Remy anak jati Melaka dan penganugerahan ini daripada Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Rustam dan Kerajaan Negeri Melaka.

“Ada yang kata Remy tak layak dan apa sumbangan dia dan sebagainya. Kalau tanya kami, memang tiada jawapan dan mungkin boleh tanya pihak yang memberikan penganugerahan tersebut,” katanya.

Terdahulu, suami kepada usahawan Datin Ezza Yusof itu menjayakan watak Hang Tuah pada pementasan teater Hikayat Hang Tuah ‘Ampun Tuanku, Titah Dijunjung’ sempena Majlis Perasmian Melaka Heritage Festival 2024 di Encore Melaka.



Jelas Azlin lagi, Remy sudah lama berkecimpung dalam industri seni tanah air dan sumbangannya adalah lebih tertumpu kepada cabang seni kreatif.

“Saya sedia maklum ramai yang perli, mempertikai dan mensensasikan isu Remy diianugerahkan gelaran Datuk. Rezeki sudah tertulis buatnya dan kita teruskan sahaja kehidupan seperti biasa.

“Mungkin orang hanya nampak Remy sebagai seorang pelakon dan ada kejayaan yang diraihnya di luar bidang seni tidak didendang kepada umum.

“Kita doakan sahaja yang baik-baik dan lihat apa yang diraih (Remy) dari sudut yang positif,” katanya lagi.



Semalam, dilaporkan pelakon yang sudah terlibat dalam 40 buah filem itu menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Remy berkata, penganugerahan tersebut adalah rezeki selepas dua dekad berkecimpung dalam dunia lakonan. HG

Ini sebab Remy Ishak dapat anugerah Datuk

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO bukan parti abah saya

Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam



Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36

Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker