Suspek bunuh Nuraina Humaira direman 7 hari

Suspek bunuh Nuraina Humaira direman 7 hari

SUNGAI SIPUT: Remaja lelaki yang disyaki membunuh kanak-kanak Orang Asli, Nuraina Humaira Rosli, 10, di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu di sini, kelmarin, direman tujuh hari.

Majistret Nurul Asyifa Redzuan membenarkan permohonan polis untuk tahan reman suspek berusia 17 tahun bermula hari ini hingga 25 Ogos depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Suspek yang juga saudara terdekat mangsa tiba di Mahkamah Majistret Sungai Siput, di sini, jam 8.30 pagi tadi dengan berpakaian baju-T biru gelap dan seluar sukan gelap sebelum dibawa keluar 15 minit kemudian.

Kelmarin, mayat murid Tahun Empat itu ditemukan di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah sekitar jam 4.20 petang, hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin dilaporkan berkata bedah siasat menemukan kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

Laporan sama dikeluarkan Hospital Sungai Siput itu juga menunjukkan terdapat kecederaan akibat tekanan pada bahagian leher mangsa.



“Berdasarkan siasatan awal dijalankan, ada kemungkinan kanak-kanak ini yang mempunyai masalah pendengaran dan lembam telah dirogol dan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di kawasan mangsa ditemui,” katanya. BH

Suspek bunuh Nuraina Humaira direman 7 hari

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Iqram Dinzly sound balik Fara Salleh, ‘play victim’ macam awak ‘angel’

Jiggy saman penyunting foto tak senonoh Dhabitah



Bakal menantu Sheila Rusly peluk Islam

Starbucks pecat CEO kerana tak bawa keuntungan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker