‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)

‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)

Sebelum ini Mamat Sepah menerima banyak kecaman kerana dituduh mereka reka cerita. Semua gara gara satu status IG oleh Jep Sepahtu yang menyatakan ada panel di dalam podcast suka menunggang namanya dan banyak cerita yang ditokok tambah.

Jep tidak spesifik menyebut podcast oleh Mamat dan Shuib, namun peminat mulai membuat spekulasi bahawa tuduhan itu dituju kepada Mamat yang berkongsi semula cerita penubuhan Sepah.



Dalam ceritanya, Mamat menyatakan bahawa pada awalnya, kumpulah Sepah sudah disingkirkan ketika sesi uji bakat. Kemudian Mamat menyatakan: “Owner [penerbit] Raja Lawan dan penerbit rancangan, Farid, minta nombor telefon saya.

“Pada masa tu saya dah tak ada mood, sebab sudah dikatakan tidak layak. Michael datang dan dakwa dirinya sebagai dia adalah owner Raja Lawak.

“Keesokan harinya, Michael Simon hubungi saya. Dia kata dia Michael Simon yang jumpa saya semalam, dia adalah owner Raja Lawak. Kamu [bertiga] boleh tak datang.”

Dari situlah Sepah melayakkan diri ke pentas pertandingan Raja Lawak.



Michael Simon sendiri mengesahkan bahawa cerita Mamat itu adalah betul. Menurutnya, dia dapat melihat bakat pada kumpulan Sepah walaupun juri tidak memberikan tiket layak kepada mereka.

Michael Simon merupakan CEO kepada Homegrown Productions, sebuah syarikat penerbitan yang banyak menerbitkan rancangan realiti popular termasuk, Raja Lawak, Maharajalawak, Maharajalawak Mega, Malaysian Idol, One In A Million S1, Sinaran Pasport, Senario, Juara Lagu dan banyak lagi.

Michael Simon yang mencetuskan idea untuk mencari bakat lain selain nyanyian. Dari situlah timbul idea menerbitkan Raja Lawak.

Michael Simon akui pada ketika itu Sepah sudah disingkirkan oleh juri ketika sesi ujibakat awal.



“Tetapi pada pandangan saya, mereka adalah berbakat. Jadi, sebagai pihak penerbitan maka saya mendesak agar mereka mereka dimasukkan. Sebab kita mahu cari bakat yang ‘raw’ dan terpendam.

“Selepas saya tengok mereka pada sesi ujibakat, mereka memang ada bakat dan saya cakap dengan budak budak ini, mereka ni bagus. Tetapi tak ke mana.

“Pada awalnya mereka tidak layak, namun ketika dalam proses untuk senarai akhir, maka saya sedaya upaya mendesak untuk mereka. Sebab mereka memang berbakat dan tengoklah sendiri, mereka menang,” tegas beliau lagi.

Michael Simon menyatakan pada awalnya mereka memang agak hambar namun mereka meningkat setiap minggu dan akhirnya mereka menjadi salah satu kumpulan lawak popular.



Akhir sekali, Michael Simon akui terkilan melihat kumpulan Sepah dan berpecah. Dan dia berharap apabila masing masing sudah merendahkan ego masing masing pada suatu hari nanti, maka Sepah akan bergabung kembali.

Netizen gembira mendengar pengesahan Michael Simon tentang cerita dikongsikan oleh Mamat. Ada yang menyatakan: “Memang akan ada kawan baik kita yang akan ingat semua kisah kita bersama mereka.”

Yang lain berkata: “Tuan Michael Simon, saya kenal nama kamu daripada Mamat, walaupun saya dari kecil hidup dengan program hiburan terbitan kamu.”

‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Iqram Dinzly sound balik Fara Salleh, ‘play victim’ macam awak ‘angel’



Jiggy saman penyunting foto tak senonoh Dhabitah

Bakal menantu Sheila Rusly peluk Islam

Starbucks pecat CEO kerana tak bawa keuntungan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker