Mohd Fadzly didakwa bunuh Cikgu Istiqomah

Mohd Fadzly didakwa bunuh Cikgu Istiqomah

SEORANG lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah, hari ini atas pertuduhan membunuh guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Dr. Teoh Shu Yee.



Mahkamah tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada Mohd Fadzly Ariffadzilah, 36, memandangkan kes bunuh merupakan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah didakwa membunuh Istiqomah Ahmad Rozi pada 26 hingga 31 Disember di tepi Jalan Kampung Tanjung Rimau Luar Pulau Sebang di Alor Gajah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 sehingga 40 tahun dan sekurang-kurangnya 12 kali sebatan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim telah memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes seterusnya bagi menyerahkan laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan laporan bedah siasat.



Ketika prosiding, tertuduh tidak diwakili peguam dan tiada jaminan diberikan.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Oktober depan sebagai tarikh sebutan kes.

Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Alor Gajah dengan berpakaian baju-T biru dan seluar pendek sambil dikawal rapi polis pada pukul 9.05 pagi tadi.

UtusanTV sebelum ini melaporkan penemuan mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki di dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berdekatan Kampung Rimau, Pulau Sebang pada 6 Januari lalu.



Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan anggota badan iaitu kepala, tangan dan kaki dipotong dan disumbat ke dalam tong sampah sebelum dibuang ke dalam longkang.

Bagaimanapun, identiti mangsa gagal dikenal pasti dan pihak patologi hanya mengesahkan mayat dianggarkan berumur antara 20 hingga 30-an dan merupakan seorang wanita.

Berikutan penemuan mayat itu, polis turut menjalankan ujian DNA ke atas dua kes orang hilang dalam tempoh sebulan sebelum itu namun negatif.

Selepas lapan bulan, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33, yang dilaporkan hilang pada 27 Disember 2023.



Susulan itu Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, menahan sepasang suami isteri berusia 37 dan 36 tahun di Chemor, Perak pada 6 Ogos.

Siasatan yang dijalankan ke atas kedua-dua individu telah membawa kepada penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa di kawasan berhampiran tempat mayat mangsa dijumpa. Utv

Mohd Fadzly didakwa bunuh Cikgu Istiqomah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Iqram Dinzly sound balik Fara Salleh, ‘play victim’ macam awak ‘angel’

Jiggy saman penyunting foto tak senonoh Dhabitah



Bakal menantu Sheila Rusly peluk Islam

Starbucks pecat CEO kerana tak bawa keuntungan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker