Suspek kes bunuh dan rogol anak orang asli ditahan

SUNGAI SIPUT – Polis telah menahan seorang suspek lelaki dalam lingkungan umur 17 tahun bagi membantu siasatan kes kematian anak Orang Asli, Nuraina Humaira Rosli, 10, di sini.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, suspek itu yang ditahan petang tadi juga mempunyai hubungan pertalian darah dengan mangsa.

Beliau juga berkata, difahamkan oleh keluarga mangsa bahawa Nuraina Humaira yang merupakan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu juga mempunyai masalah pendengaran dan lembam.



Mohd. Khaizam berkata, berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sungai Siput (U), terdapat kesan tekanan di bahagian leher dan juga kesan koyakan di kemaluan mangsa.

“Kes masih dalam peringkat awal siasatan. Kita akan panggil beberapa lagi orang untuk memberi keterangan bagi membantu kes ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut kenyataan polis, hasil siasatan awal mendapati tempat terakhir kanak-kanak tersebut kelihatan adalah di Surau Madrasah Darulsalam yang jaraknya kurang 100 meter dari rumah keluarganya.

Mayat mangsa telah dijumpai oleh pihak polis pada jam lebih kurang 4.20 petang Sabtu, dalam keadaan terbaring di kawasan paya, Kampung Bersah, Kampung Kuala Mu, Sungai Siput.



Mengikut laporan sebelum ini, mangsa dikatakan hilang ketika bermain di sekitar perkampungan terbabit pada Jumaat lalu sebelum didakwa hilang.

Jelas Mohd. Khaizam lagi, kes itu disiasat sebagai kes bunuh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan beliau meminta orang yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

Bapa mangsa, Rosli Mahadi, 48, sebelum ini mendakwa kawasan tempat jasad anaknya ditemui itu adalah kawasan yang sering dijauhi oleh penduduk kampung kerana banyak haiwan liar terutama ular.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Iqram Dinzly sound balik Fara Salleh, ‘play victim’ macam awak ‘angel’



Jiggy saman penyunting foto tak senonoh Dhabitah

Bakal menantu Sheila Rusly peluk Islam



Starbucks pecat CEO kerana tak bawa keuntungan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker