Pengarah Media, Komunikasi Strategik PMO, Rozaid meninggal dunia

Pengarah Media dan Komunikasi Strategik kepada Perdana Menteri, Rozaid Abdul Rahman dilaporkan meninggal dunia kerana masalah jantung di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya, hari ini.

Berita kematian itu disahkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebentar tagi.

Sebelum ini, beliau menerima rawatan di Hospital Serdang, Selangor sejak 1 Julai lalu dan telah dibenarkan keluar pada 6 Ogos lalu.



Rozaid, 59, sebelum ini dilantik ke jawatan itu pada Mei 2023.

Rozaid sebelum ini ialah Pegawai Eksekutif Pengisian/Pengarang Eksekutif Kumpulan Media The Star dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai pemberita kadet di Utusan Malaysia pada April 1984.

Pada Disember 1989, beliau mencatat sejarah sebagai wartawan Malaysia yang pertama memasuki terowong yang dibina oleh anggota-anggota Parti Komunis Malaya (PKM) di sempadan Malaysia-Thailand sejurus selepas termeterainya perjanjian damai di antara PKM dan kerajaan Malaysia.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Iqram Dinzly sound balik Fara Salleh, ‘play victim’ macam awak ‘angel’



Jiggy saman penyunting foto tak senonoh Dhabitah

Bakal menantu Sheila Rusly peluk Islam



Starbucks pecat CEO kerana tak bawa keuntungan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker