Netizen Indonesia buat hal, ‘claim’ persembahan LIMA’23 sebagai persembahan hari kebangsaan Indonesia

PETALING JAYA – Persembahan pasukan akrobatik udara Al-Fursan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) kembali tular di media sosial hari ini.

Menurut laman Asean Skyline, klip video itu kembali tular selepas netizen Indonesia menyatakan ia merupakan persembahan pada Hari Kebangsaan negara mereka beberapa hari lalu.

“Masya-Allah, mempersonakan sampai mati pun Indonesia adalah negeriku yang paling kucintai, luar biasa hidup TNI AU (Tentera Negara Indonesia Angkatan Udara),” kata peduduk Indonesia, Maya Kurnia Maya Kurnia.

Malah, hantaran itu turut dikongsi individu lain sehingga memperkecilkan keupayaan Malaysia yang dikatakan tidak mampu berbuat sedemikian.

“Malaysia otak tumpul mana boleh lakukan seperti ini,” tulis pengguna media sosial lain.

Berdasarkan komen, rata-rata warga Malaysia kelihatan tenang mendedahkan kembali klip video tersebut yang merupakan salah satu persembahan udara di LIMA’23.

“Ini salah satu persembahan di LIMA’ tahun lepas, letih la semua nak di ‘claim’ (tuntut) mereka. Kadang benda ini yang buat mereka malu sendiri,” kata Husaiani Adlan.

“Bilalah mereka nak berpeluk pada diri sendiri, kenapa perlu ‘claim’ hak kita ni hak mereka. Cukuplah jadi mentaliti rakyat negara dunia ke-tiga,” seloroh Hafiz Hasbulloh. –

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Iqram Dinzly sound balik Fara Salleh, ‘play victim’ macam awak ‘angel’

Jiggy saman penyunting foto tak senonoh Dhabitah

Bakal menantu Sheila Rusly peluk Islam

Starbucks pecat CEO kerana tak bawa keuntungan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker