Kanak-kanak Orang Asli sah dirogol dan dibunuh

Kanak-kanak Orang Asli yang ditemukan meninggal dunia semalam di sebuah kawasan berpaya di Ipoh setelah hilang semalaman disyaki dirogol dan dibunuh, berdasarkan hasil bedah siasat.

Ketua Polis Sungai Siput Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, bedah siasat ke atas mayat mangsa yang selesai pada 4 petang tadi mendapati terdapat kecederaan akibat tekanan di bahagian leher serta kesan koyakan di kemaluannya.

Susulan itu, seorang suspek yang mempunyai pertalian darah dengan mangsa telah ditahan, tambahnya.

Seorang lelaki berusia 27 tahun yang mempunyai pertalian darah dengan mangsa ditahan polis sekitar 5.30 petang tadi bagi membantu siasatan,



 katanya, lapor Berita Harian

Mohd Khaizam berkata, berikutan perkembangan ini, kes telah diklasifikasi semula kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, berkait kesalahan membunuh.

Terdahulu, Nuraina Humaira Rosli, 10, yang mempunyai masalah pendengaran, ditemukan meninggal dunia di kawasan berpaya berdekatan rumahnya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Sungai Siput, kira-kira 4.20 petang semalam.

Mohd Khaizam dilaporkan berkata, mayat ditemukan hasil pencarian oleh kira-kira 60 orang membabitkan polis, bomba dan orang kampung dengan khidmat anjing pengesan (K9) polis sejak 7 pagi.



Nuraina dilaporkan hilang pada Jumaat lepas apabila tidak pulang ke rumah selepas bermain di taman permainan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Iqram Dinzly sound balik Fara Salleh, ‘play victim’ macam awak ‘angel’

Jiggy saman penyunting foto tak senonoh Dhabitah



Bakal menantu Sheila Rusly peluk Islam

Starbucks pecat CEO kerana tak bawa keuntungan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker