Bukit Aman akan panggil Muhyiddin Selasa ini
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin akan dipanggil memberi keterangan Selasa ini berhubung ucapan beliau yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Nenggiri, baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata setakat ini pihaknya sudah menerima 29 laporan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu.
“Kita memanggil beliau untuk tampil beri keterangan pada 20 Ogos ini bagi membantu siasatan,” katanya kepada BH.
Sebelum ini, tular di media sosial ucapan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menerusi hantaran di laman Facebook semalam, telah menzahirkan perasaan kecewa serta terkilan dengan kenyataan Muhyiddin dan memohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Gaji kumpulan pelaksana naik 15 peratus, pengurusan tertinggi 7 peratus
- 11 hari tidur atas lantai simen lokap SPRM – Zarul
- Kamu nak dakwa siapa? – Aufahanie
- Pemain bola sepak bawa senjata dipenjara 14 hari
- ‘Samseng taik kucing’ acu pistol mainan adik
- Jawatan PM Thailand kembali kepada keluarga Thaksin
- Saya bukan Papagomo – Wan Azri
- Pakar Hospital Queen Elizabeth 2, UMS, bedah otak pesakit secara sedar
- Balik umrah pakai seksi, ini kata Eyka Farhana
- Akmal bidas Teresa kerana dakwa tak hormat keputusan mahkamah
- Tumbuk pemandu OKU: LFL mahu pertuduhan jenayah bukan tindakan tatatertib
- ‘Gadis kampung’ jadi Datuk Bandar KL
- Akhirnya Nidza Afham menjadi ‘terkenal’
- Buat malu nama Malaysia saja
- Intan dipukul suami kerana tonton video lucah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Iqram Dinzly sound balik Fara Salleh, ‘play victim’ macam awak ‘angel’