Barang kemas pesakit ‘dirembat’, Hospital Sultanah Aminah lakukan siasatan

Hospital Sultanah Aminah (HSA) akan menjalankan siasatan berkaitan dakwaan seorang pesakit yang kehilangan barang kemas ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

HSA dalam kenyataan hari ini berkata, pengurusan hospital maklum berkaitan dengan video yang tular di media sosial Tiktok milik individu bernama @sarawanannagayah yang dimuat naik semalam.

Kenyataan itu menjelaskan siasatan berkaitan seorang pesakit kehilangan barang kemas ketika menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT), HSA dan dinyatakan bahawa kamera litar tertutup (CCTV) di hospital tidak berfungsi.

Menurutnya, CCTV tidak dipasang di kawasan rawatan pesakit demi menjaga privasi pesakit.

“Pihak pengurusan hospital juga akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis jika memerlukan siasatan lanjut.

“Pihak pengurusan HSA sentiasa komited dan berusaha untuk meningkatkan kepuasan hati pelanggan dan imej hospital dalam memberikan perkhidmatan perawatan yang terbaik,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu seorang warga emas mendakwa kehilangan barang kemas bernilai kira-kira RM9,000 ketika mendapatkan rawatan di HSA.

Mangsa, P Saroja, 63, berkata dia menyedari kehilangan rantai emas serta wang tunai RM200 pada jam 3.30 petang pada 25 Julai ketika berada di bahagian kecemasan hospital berkenaan.

Menurutnya, dia bertanya kepada kakitangan berada di bahagian kecemasan dan dimaklumkan mereka tiada maklumat.

Katanya, malah dia juga dimaklumkan CCTV di hospital berkenaan tidak berfungsi.

“Saya bukan sengaja memakai barang kemas ke hospital, pada awalnya saya hanya ke klinik kesihatan berhampiran rumah di Taman Universiti di sini namun akibat masalah darah tinggi, secara tiba-tiba terpaksa menaiki ambulans ke hospital ini.

“Hampir empat hari saya dalam keadaan tidak stabil sebelum menyedari kehilangan barang kemas dan wang.

“Ahli keluarga saya juga berusaha bagi mendapatkan penjelasan pihak pengurusan namun gagal,” katanya.

Saroja berkata, rantai emas itu adalah peninggalan mendiang ibu mentuanya.

Dia membuat laporan di Balai Polis Sentral pada 1 Ogos lalu supaya kejadian berkenaan disiasat.

Semalam, tular sebuah video di TikTok berkaitan pendedahan kes kecurian di sebuah hospital di bandar raya ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Iqram Dinzly sound balik Fara Salleh, ‘play victim’ macam awak ‘angel’

Jiggy saman penyunting foto tak senonoh Dhabitah

Bakal menantu Sheila Rusly peluk Islam

Starbucks pecat CEO kerana tak bawa keuntungan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker