Penjawat awam culas tidak diberi ‘ganjaran’ – Anwar
Penjawat awam culas tidak diberi ‘ganjaran’ – Anwar
Penjawat awam yang tidak menunjukkan prestasi kerja baik, culas dan sering tidak hadir ke pejabat tanpa kelulusan ketua jabatan tidak akan diberikan ganjaran, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, amaran itu diberikan susulan pelarasan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang mesti diambil kira berdasarkan prestasi cemerlang.
“SSPA yang dirangka ini, bukanlah semata-mata hanya pembaharuan dan peningkatan dalam pendapatan boleh guna yang akan dinikmati oleh penjawat awam.
Ia adalah satu sistem saraan yang berteraskan prestasi. Siapa yang cemerlang akan dapat ganjaran, siapa gagal mempamer prestasi baik, akan dikenakan tindakan, katanya ketika berucap dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Beliau berkata, pelarasan gaji akan diberikan kepada penjawat awam yang benar-benar layak sahaja.
Katanya, ia selaras hasrat untuk memastikan peningkatan produktiviti dalam perkhidmatan awam.
“Ini juga bagi menjaga kesejahteraan pegawai, prinsip pemberian ganjaran berasaskan prestasi dan tatakelakuan diperkenalkan.
Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan setuju Sistem Saraan Malaysia (SSM) digantikan kepada SSPA berkuat kuasa 1 Dis ini.
Katanya, SSPA mengandungi semangat ‘Reformasi Perkhidmatan Awam’ yang dikehendaki bagi menjayakan agenda Malaysia Madani.
Menurutnya, terdapat tiga ikhtiar untuk menjayakan agenda itu antaranya meningkatkan kadar produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awa.
Dua lagi ikhtiar lain adalah meningkatkan kesediaan penjawat awam dalam melaksanakan perubahan dan meningkatkan daya saing negara, katanya.
Terdahulu, Anwar mengumumkan penjawat awam menikmati kenaikan gaji antara 7 hingga 15% melalui pelarasan SSPA mulai 1 Dis.
Kenaikan membabitkan kumpulan pelaksana, pengurusan dan profesional sebanyak 15% manakala pengurusan tertinggi 7%. Mk
Penjawat awam culas tidak diberi ‘ganjaran’ – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Mirzan dan Mokhzani diberi lanjutan akhir isytihar aset
- PAU 2024: Umno tak jemput pemimpin parti kerajaan perpaduan
- Lindungi premis haram, Timbalan Pengarah bersama 5 penguat kuasa PBT didakwa esok
- Anwar tak faham perdagangan – Azmin
- Paderi ditahan disyaki cabul remaja 13 tahun
- Amuk bawa pisau di stesen KTMB, lelaki ditahan
- Tutup kes rogol, pegawai penguat kuasa dicekup
- Wajib bantah keputusan KDN batal larangan komik Hew – Puad
- Mencuri bersama, kena kejar, suami lari tinggal isteri
- Bakal pengantin tertipu, dewan kosong, pelamin tak siap
- Hang Tuah kalah kes mahkamah terhadap Hang Jebat
- Bapa saudara maut ditikam anak saudara
- Zawawi akan saman Takiyuddin
- Wan Fayhsal ketagih perhatian – Fahmi
- Dakwaan anak saya seludup RM2 juta berita palsu – Guan Eng
Layari Laman Facebook MYKMU.NET