Pemuda UMNO bukan dicucuk hidung seperti pemuda parti lain
Pemuda Umno nafi dilarang cakap mengenai Najib.
Pemuda UMNO bukan dicucuk hidung seperti pemuda parti lain
Pemuda Umno menafikan dakwaan pembangkang bahawa sayap parti itu dilarang daripada bercakap mengenai bekas perdana menteri Najib Razak.
Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata tiada sebarang halangan untuk Pemuda Umno membangkitkan isu Najib khususunya membabitkan titah adendum diraja.
“Tiada larangan untuk membangkitkan isu bosku (Najib), malah antara usul yang dibuat Pemuda Umno Pahang, ialah usul (titah) adendum dan sebagainya.
“Saya rasa tidak ada halangan dan kita bebas bercakap apa saja, itulah Pemuda Umno,” katanya ketika ditemui di Gua Musang, Kelantan hari ini.
Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari sebelum ini mendakwa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menghalang Pemuda Umno membangkitkan isu pembatalan pengharaman komik “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama”.
Ketika berkempen di Nenggiri baru-baru ini, Ahmad Fadhli mendakwa Ahmad Zahid mengingatkan Pemuda Umno supaya memberi fokus kepada isu lebih besar.
Jelas Ahmad Fadhli arahan itu merupakan satu penghinaan kepada Najib dan keluarganya.
Najib kini sedang menjalani hukuman penjara di penjara Kajang berhubung kes rasuah SRC International.
Pada 3 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak tindakan undang-undang Najib berhubung kewujudan perintah adendum yang dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di rumah.
Sementara itu, Akmal menegaskan Pemuda Umno bebas untuk bercakap serta mengkritik apa saja yang membawa kepentingan kepada orang ramai.
“Itulah Pemuda Umno, kita bebas untuk kritik DAP, kita bebas untuk kritik PAS, malah kita bebas untuk mengkritik pemimpin kita sendiri.
“Itulah Pemuda Umno kita kena ada check and balance…saya harap insya Allah kita bukan orang dicucuk hidung seperti pemuda-pemuda (parti) yang lain,” katanya. MK
Pemuda UMNO bukan dicucuk hidung seperti pemuda parti lain
Baca Artikel Menarik:
- Gaji kumpulan pelaksana naik 15 peratus, pengurusan tertinggi 7 peratus
- 11 hari tidur atas lantai simen lokap SPRM – Zarul
- Kamu nak dakwa siapa? – Aufahanie
- Pemain bola sepak bawa senjata dipenjara 14 hari
- ‘Samseng taik kucing’ acu pistol mainan adik
- Jawatan PM Thailand kembali kepada keluarga Thaksin
- Saya bukan Papagomo – Wan Azri
- Pakar Hospital Queen Elizabeth 2, UMS, bedah otak pesakit secara sedar
- Balik umrah pakai seksi, ini kata Eyka Farhana
- Akmal bidas Teresa kerana dakwa tak hormat keputusan mahkamah
- Tumbuk pemandu OKU: LFL mahu pertuduhan jenayah bukan tindakan tatatertib
- ‘Gadis kampung’ jadi Datuk Bandar KL
- Akhirnya Nidza Afham menjadi ‘terkenal’
- Buat malu nama Malaysia saja
- Intan dipukul suami kerana tonton video lucah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Iqram Dinzly sound balik Fara Salleh, ‘play victim’ macam awak ‘angel’
Jiggy saman penyunting foto tak senonoh Dhabitah
You must be logged in to post a comment.