PA pelakon wanita popular ditahan polis

PA pelakon wanita popular ditahan polis

Pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita popular ditahan polis selepas didakwa mencuri barangan kemas pelakon itu, semalam.

Sumber Harian Metro berkata, wanita berusia 28 tahun itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor.



“Difahamkan kecurian berlaku pada Jun lalu selepas pelakon wanita itu menyedari rantai emas miliknya hilang.

“Bukan itu saja, rantai emas milik anak pelakon itu juga turut hilang,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut sumber lagi, pelakon wanita itu turut kehilangan wang RM10,000.

“Pemeriksaan di rumah wanita terbabit di Gombak turut menemui semula barangan kemas itu,” katanya.



Harian Metro difahamkan, pembantu peribadi itu juga ada membuat laporan di IPD Daerah Gombak mendakwa dipukul pelakon wanita terbabit.

Sumber berkata, punca pembantu peribadi itu dipukul kerana didakwa mereka cerita yang rumah tangga pelakon itu sedang bermasalah.

“Pelakon itu juga ada membuat laporan polis semalam,” katanya. HM

PA pelakon wanita popular ditahan polis



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Iqram Dinzly sound balik Fara Salleh, ‘play victim’ macam awak ‘angel’



Jiggy saman penyunting foto tak senonoh Dhabitah

Bakal menantu Sheila Rusly peluk Islam



Starbucks pecat CEO kerana tak bawa keuntungan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker