Muhyiddin berkempen umpama baru ‘turun dari langit’
Muhyiddin berkempen umpama baru ‘turun dari langit’
Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin umpama baru “turun dari langit” apabila membangkitkan isu yang tidak berpaksi kepada realiti ketika berkempen di Nenggiri, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii.
Razlan berkata soal kehidupan penduduk Nenggiri yang ibarat kais pagi makan pagi tidak disentuh oleh bekas perdana menteri itu.
“Kemunculan Muhyiddin di Nenggiri ini boleh diibaratkan umpama baru pulang dari langit, hanya membawa perkhabaran dan isu di langit sahaja.
“Soal kehidupan sebenar rakyat di bawah tidak disentuh dan diambil tahu kerana fokus dan keutamaannya hanyalah nak kongsikan isu langit (isu nasional) yang perlu diselesaikan segera.
“Seharusnya Muhyiddin turun pada siang hari ke kawasan pedalaman di Nenggiri ini supaya jelas nampak dan menyelami keadaan kehidupan penduduk di sini.
“Realiti kehidupan di sini ibarat kais pagi makan pagi. Ada yang mengambil upah melakukan kerja-kerja di kebun, memotong rumput, mengait buah, buruh bina rumah dan menjual hasil kebun orang lain,” katanya ketika ditemui di Gua Musang, hari ini.
Malam tadi Muhyiddin ketika ceramah grand finale PN di Kampung Jerek membangkitkan isu nasional khususnya pentadbiran kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Muhyiddin yang memetik hasil tinjauan dilakukan pihaknya juga mendapati rata-rata pengundi gembira ketika era pentadbirannya sebagai perdana menteri berbanding Anwar.
“Sebahagian mereka berpendapat kerajaan ini gagal menerajui negara. Sebahagian besar menolak Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri,” kata Muhyiddin.
Tanah tanpa geran
Mengulas lanjut, Razlan berkata Muhyiddin ketika berkempen juga tidak menyentuh soal pemilikan tanah rakyat yang dinafikan haknya oleh kerajaan negeri Kelantan sejak puluhan tahun lalu.
Katanya, ada penduduk terpaksa membina kehidupan berkeluarga di atas tanah tanpa geran dan membesarkan anak cucu di dalam rumah yang sempit tanpa perhatian dan pembelaan.
Justeru katanya, Muhyiddin dan PAS patut berasa malu kerana gagal mengubah status kemiskinan penduduk di kawasan ini.
“Puluhan tahun dahulu, PAS telah menawarkan tanah kepada rakyat Kelantan selagi mereka mempunyai kuasa penuh. Namun setelah 34 tahun, masih ramai anak-anak tempatan yang tidak dapat menikmati janji tersebut.
“Banyak tanah gagal ditadbir urus dengan baik dan ada yang dijual dan terjual kepada pihak yang menjalankan perniagaan menguntungkan sehingga jutaan ringgit. Sedangkan peniaga-peniaga ini bukanlah orang tempatan.
“Zalimnya kerajaan PAS yang berusia 34 tahun di Kelantan ini masih tidak mempunyai rasa belas dan kasih kepada rakyat apabila carta kemiskinan tidak menunjukkan perubahan yang banyak secara positif,”katanya lagi. Mk
Muhyiddin berkempen umpama baru ‘turun dari langit’
Baca Artikel Menarik:
- Gaji kumpulan pelaksana naik 15 peratus, pengurusan tertinggi 7 peratus
- 11 hari tidur atas lantai simen lokap SPRM – Zarul
- Kamu nak dakwa siapa? – Aufahanie
- Pemain bola sepak bawa senjata dipenjara 14 hari
- ‘Samseng taik kucing’ acu pistol mainan adik
- Jawatan PM Thailand kembali kepada keluarga Thaksin
- Saya bukan Papagomo – Wan Azri
- Pakar Hospital Queen Elizabeth 2, UMS, bedah otak pesakit secara sedar
- Balik umrah pakai seksi, ini kata Eyka Farhana
- Akmal bidas Teresa kerana dakwa tak hormat keputusan mahkamah
- Tumbuk pemandu OKU: LFL mahu pertuduhan jenayah bukan tindakan tatatertib
- ‘Gadis kampung’ jadi Datuk Bandar KL
- Akhirnya Nidza Afham menjadi ‘terkenal’
- Buat malu nama Malaysia saja
- Intan dipukul suami kerana tonton video lucah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Iqram Dinzly sound balik Fara Salleh, ‘play victim’ macam awak ‘angel’
You must be logged in to post a comment.