Imane Khelif saman Elon Musk dan JK Rowling

Imane Khelif saman Elon Musk dan JK Rowlin

Pemenang pingat emas acara tinju wanita Olimpik Paris 2024, Imane Khelif mengejutkan peminat dunia apabila menamakan Elon Musk dan JK Rowling dalam saman undang-undang buli siber.

Menurut laporan BBC, Khelif difahamkan sudah memfailkan aduan jenayah kepada pihak berkuasa Perancis. Butiran aduan itu mendakwa wujud “tindakan gangguan siber yang teruk” terhadap peninju dari Algeria itu.



Khelif berdepan buli siber yang teruk apabila kemenangannya dipertikaikan kerana didakwa mempunyai biologis lelaki. Selain Elon Musk dan JK Rowling, bekas Presiden Amerika, Donald Trump turut disiasat.

Trump didapati menyiarkan gambar pertarungan Khelif-Carini dengan kapsyen: “Saya akan menghalang lelaki daripada menyertai sukan wanita!”

Peguam Khelif, Nabil Boudi memberitahu Variety, JK Rowling dan Elon Musk dinamakan dalam tuntutan mahkamah.

“Ciapan Trump, sama ada beliau dinamakan dalam tuntutan mahkamah kami atau tidak, beliau pasti akan dilihat sebagai sebahagian daripada pendakwaan.



“Apa yang kami minta pihak pendakwaan menyiasat bukan sahaja mereka ini tetapi sesiapa yang difikirkan perlu.”

Peguam dari Paris itu menambah: “Jika kes ini dibawa ke mahkamah, mereka akan dibicarakan.”

Warga Algeria itu dilahirkan sebagai wanita dan tidak dikenali sebagai transgender. Namun Khelif berdepan kritikan di media sosial daripada beberapa orang ternama menyatakan dia lelaki dan tidak patut bertanding.

JK Rowling yang juga penulis Harry Potter menuduh Khelif sebagai seorang lelaki yang “menikmati penderitaan seorang wanita yang baru ditumbuknya.”



Pemilik Twitter dan Tesla, Musk turut berkongsi satu hantaran mengenai Khelif yang mendakwa “lelaki tidak berhak beraksi dalam sukan wanita.” VC

Imane Khelif saman Elon Musk dan JK Rowlin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Iqram Dinzly sound balik Fara Salleh, ‘play victim’ macam awak ‘angel’

Jiggy saman penyunting foto tak senonoh Dhabitah



Bakal menantu Sheila Rusly peluk Islam

Starbucks pecat CEO kerana tak bawa keuntungan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker