Gaji kumpulan pelaksana naik 15 peratus, pengurusan tertinggi 7 peratus

Gaji kumpulan pelaksana naik 15 peratus, pengurusan tertinggi 7 peratus

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus kepada kumpulan pelaksana, manakala tujuh peratus kepada pengurusan tertinggi.

Perdana Menteri berkata, pelarasan itu akan dilaksanakan secara bertahap dengan fasa pertama bermula 1 Disember ini.



“Fasa seterusnya akan bermula 1 Januari 2026 dan kita melaksanakannya secara berfasa kerana kekangan dan mahu mengelakkan inflasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 di sini, hari ini.

Kerajaan bersetuju Skim Saraan Malaysia (SSM) digantikan dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa 1 Disember ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Perdana Menteri berkata, ia sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam.

“Walaupun gesaan saya mesti capai kemajuan tapi tahap pengorbanan (penjawat awam) ini luar biasa.

“Bukan sahaja dalam menghadapi ancaman komunis dahulu, menangani COVID-19, jangan lupa petugas barisan hadapan itu adalah penjawat awam, jadi kerajaan setuju supaya SSM digantikan dengan SSPA,” katanya. BH

Gaji kumpulan pelaksana naik 15 peratus, pengurusan tertinggi 7 peratus



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker