Awie dah lama berkhidmat di Nenggiri – Tok Mat

Awie dah lama berkhidmat di Nenggiri – Tok Mat

Penduduk Nenggiri perlu mengambil kesempatan daripada kelebihan dan kebolehan yang dimiliki calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani untuk memastikan nasib mereka dapat dibela.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Mohd. Azmawi Fikri atau lebih dikenali sebagai Awie bukan pemimpin asing dan sudah lama berkhidmat kepada penduduk Nenggiri meskipun bukan atas kapasiti wakil rakyat sebelum ini.



Sehubungan itu, sokongan penduduk Nenggiri dalam memastikan kemenangan Awie yang juga pemimpin UMNO itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut Sabtu ini akan memastikan mereka akan mendapat seorang yang benar-benar berkhidmat.

“Alhamdulillah, pagi ini saya bersama jentera setempat meneruskan kempen rumah ke rumah bertemu para pengundi. Alhamdulillah maklum balas yang amat baik.

“Saya berharap pengundi-pengundi Nenggiri memberikan kepercayaan kepada Awie, seorang pemimpin muda, anak tempatan yang juga merupakan pengundi di sini untuk kita berikan peluang kepada beliau supaya proses untuk peremajaan dalam politik tanah air ini dapat kita lakukan dengan baik.

“Awie bukannya orang asing, Awie bukannya orang luar dan Awie merupakan anak tempatan yang telah lama berkhidmat walaupun dia tak ada apa-apa jawatan dulu tetapi membantu sebagai pembantu kepada YB Aziz (bekas ADUN Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff ,” katanya.



Terdahulu, Mohamad bersama jentera BN turun berkempen bertemu pengundi di kawasan Limau Kasturi, Nenggiri, Gua Musang, Kelantan, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO turut menyifatkan calon BN berkenaan merupakan pemimpin muda yang mempunyai kualiti kepimpinan yang baik.

“Alhamdulillah, ini satu kualiti yang baik. Anak muda yang sanggup bekerja kuat walaupun tak ada apa-apa jawatan. Jadi mari kita bagi beliau peluang untuk berkhidmat di Nenggiri ini iaitu kawasan beliau sendiri,” katanya.

Awie dah lama berkhidmat di Nenggiri – Tok Mat



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakan Shuk dedah perangai Fara Salleh



Malu dapat, sakit pun dapat

Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata



Nora diceraikan suami menerusi rakaman video

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker