Ukraine mara jauh ke dalam wilayah Russia
Perang Ukraine- Russia menjadi bertambah tegang.
Ukraine mara jauh ke dalam wilayah Russia
KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, berkata, tentera Ukraine sudah ‘mara jauh ke dalam’ wilayah Kursk, Russia, dalam serangan rentas sempadan terbesar Kyiv yang masuk minggu kedua.
Tentera Ukraine memasuki wilayah Kursk pada 6 Ogos lalu dan menawan puluhan penempatan dalam serangan terbesar oleh tentera asing di bumi Russia sejak Perang Dunia Kedua.
“Hari ini kami maju dengan baik di rantau Kursk. Kami mencapai matlamat strategik kami,” kata Zelensky dalam ucapan hariannya setiap malam.
Dalam catatan media sosial semalam, beliau juga menyatakan peningkatan ‘satu hingga dua kilometer (km) di kawasan berbeza sejak pagi’.
Menteri Dalam Negeri, Igor Klymenko berkata, Ukraine akan mewujudkan ‘zon penampan’ di rantau itu untuk menghalang serangan rentas sempadan Russia.
“Mewujudkan zon penampan di wilayah Kursk adalah satu langkah untuk melindungi komuniti sempadan kita daripada serangan musuh pada setiap hari,” katanya.
Wilayah jiran, Belgorod, yang sudah memindahkan 11,000 penduduk pula mengisytiharkan keadaan darurat dengan gabenor memberi amaran keadaan ‘amat sukar’ disebabkan oleh serangan tembakan dan dron Ukraine.
Analisis AFP terhadap data yang disediakan oleh Institut Kajian Perang (ISW) menunjukkan tentera Ukraine mara ke kawasan itu sekurang-kurangnya 800km persegi setakat Isnin lalu.
Russia bagaimanapun mendakwa, mereka berjaya menangkis percubaan Ukraine untuk bergerak lebih jauh memasuki lima kawasan Kursk.
“Percubaan oleh unit mudah alih musuh menggunakan peralatan berperisai untuk menembusi lebih dalam ke wilayah Russia berjaya dipatahkan,” kata Kementerian Pertahanan Russia.
Sejak melancarkan pencerobohannya pada Februari 2022 lalu, Russia menawan wilayah di selatan dan timur Ukraine selain menundukkan bandar-bandar Ukraine dengan serangan peluru berpandu serta dron.
Selepas menawan semula beberapa wilayah yang hilang pada 2022, serangan balas Ukraine sebahagian besarnya terhenti.
Kelmarin, Ukraine berkata mereka tidak mahu menawan tanah Russia tetapi akan menawarkannya untuk menghentikan serbuan jika Moscow bersetuju untuk ‘keamanan yang adil’.
“Lebih cepat Russia bersetuju untuk memulihkan keamanan yang adil… lebih cepat serangan oleh pasukan pertahanan Ukraine di Russia dihentikan,” kata jurucakap Kementerian Luar, Georgiy Tykhy.
Sementara itu, sumber dalam perkhidmatan keselamatan Kyiv memberitahu AFP, tentera Ukraine menembak dron jarak jauh di lapangan terbang Voronezh, Kursk, Savasleyka dan Borisoglebsk.
Sumber berkata, operasi itu adalah ‘serangan terbesar di lapangan terbang tentera Russia’ semasa perang dan bertujuan untuk menghalang mereka daripada digunakan untuk melancarkan serangan. BH
Ukraine mara jauh ke dalam wilayah Russia
Baca Artikel Menarik:
- Mirzan dan Mokhzani diberi lanjutan akhir isytihar aset
- PAU 2024: Umno tak jemput pemimpin parti kerajaan perpaduan
- Lindungi premis haram, Timbalan Pengarah bersama 5 penguat kuasa PBT didakwa esok
- Anwar tak faham perdagangan – Azmin
- Paderi ditahan disyaki cabul remaja 13 tahun
- Amuk bawa pisau di stesen KTMB, lelaki ditahan
- Tutup kes rogol, pegawai penguat kuasa dicekup
- Wajib bantah keputusan KDN batal larangan komik Hew – Puad
- Mencuri bersama, kena kejar, suami lari tinggal isteri
- Bakal pengantin tertipu, dewan kosong, pelamin tak siap
- Hang Tuah kalah kes mahkamah terhadap Hang Jebat
- Bapa saudara maut ditikam anak saudara
- Zawawi akan saman Takiyuddin
- Wan Fayhsal ketagih perhatian – Fahmi
- Dakwaan anak saya seludup RM2 juta berita palsu – Guan Eng
Layari Laman Facebook MYKMU.NET