Timbalan Pengarah, Penguat kuasa DBKL didakwa terima rasuah

Timbalan Pengarah, Penguat kuasa DBKL didakwa terima rasuah

SHAH ALAM: Timbalan Pengarah dan Pegawai Penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah dari penjaga pusat hiburan tanpa lesen.

Timbalan Pengarah Muhammad Irwan Abdullah, 44 dan Pegawai Penguat kuasa KP19 DBKL Zahari Mohamad, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Datuk Anita Harun.



Bagi pertuduhan meminta rasuah, kedua-dua tertuduh didakwa dengan niat bersama pada kira-kira bulan Februari lalu, di sebuah restoran di Puchong, meminta daripada seorang penjaga premis hiburan suapan wang tunai berjumlah RM 200,000 secara bulanan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan undang-undang penguatkuasaan ke atas premis-premis pusat hiburan tanpa lesen yang sah.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika didapati bersalah, mereka boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun; dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Bagi pertuduhan kedua iaitu menerima rasuah, kedua-dua mereka didakwa dengan niat bersama pada kira-kira pada bulan Februari, di sebuah restoran di Puchong, bersetuju untuk menerima suapan wang tunai berjumlah RM160,000 secara bulanan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan undang-undang penguatkuasaan ke atas premis-premis pusat hiburan tanpa lesen yang sah di bawah jagaan penjaga premis berusia 62 tahun itu.



Mereka didakwa mengikut seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta SPRM 2009.

Bagi kesalahan itu, mereka boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun; dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu Muhammad Irwan turut didakwa secara berasingan atas pertuduhan ketiga iaitu menerima rasuah dari penjaga premis yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga, Muhammad Irwan didakwa secara rasuah menerima suatu suapan wang tunai berjumlah RM130,000.00 daripada penjaga premis yang sama sebagai dorongan tidak mengambil tindakan undang-undang penguatkuasaan ke atas premis pusat hiburan tanpa lesen yang sah di bawah jagaannya.



Muhammad Irwan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama yang memperuntuk hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun; dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Pegawai Pendakwa Raya SPRM Mohd Aliff Shaharuzaman menawarkan jaminan RM50,000 untuk setiap tertuduh dengan syarat tambahan termasuk mereka dikehendaki menyerahkan passport kepada mahkamah dan melapor diri pada minggu pertama setiap bulan di pejabat SPRM terdekat, serta tidak boleh menganggu saksi.

Ketika rayuan, Peguam Mak Kah Keong, yang mewakili Muhammad Irwan memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000.

“Anak guam saya berumur 44 tahun dengan pendapatan sebanyak RM9,000 sebulan, namun menanggung tanggung isteri serta lima orang anak berusia antara 17 hingga 4 bulan.



“Selepas dituduh kami difahamkan anak guam saya akan digantung tugas dan gaji dipotong. Itu akan memberi kesan secara langsung kepada kewangan keluarga. Kami juga sedia menyerahka pasport dan melapor diri setiap bulan,” katanya.

Peguam Ahmad Faiz Munawar mewakili Zahari berkata, anak guamnya bekerja sebagai Penguat kuasa DBKL dengan gaji pendapatan RM3,000 dan menanggung isteri serta seorang anak berusia 4 tahun serta ibunya yang uzur.

Anita membenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000 setiap seorang dan menetapkan 30 September depan untuk sebutan semula kes.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dikenakan syarat tambahan iaitu melapor diri pada atau sebelum 7 hari bulan setiap bulan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur dan menyerahkan pasport kepada mahkamah serta tidak mengganggu saksi pendakwaan. BH



Timbalan Pengarah, Penguat kuasa DBKL didakwa terima rasuah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakan Shuk dedah perangai Fara Salleh



Malu dapat, sakit pun dapat

Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata

Nora diceraikan suami menerusi rakaman video

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker