Teruja kahwin beramai-ramai

Teruja kahwin beramai-ramai

KAJANG: Melangsungkan perkahwinan secara beramai-ramai pada majlis perkahwinan pasangan anak penghuni Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) dan pasangan sukarelawan, menjadi kenangan terindah buat enam pasangan dalam hidup mereka.

Majlis diadakan dalam suasana klasik bagi mengimbau kenangan silam itu turut dihadiri Perkumpulan Melayu Australia yang mewarisi budaya asli Melayu di Kepulauan Cocos Keeling Islands sekali gus dapat mempamerkan budaya perkahwinan Melayu di negara ini.



Pasangan sukarelawan, Dr Siti Zahrah Ahmad, 44, berkata beliau dan suami, Mohd Redzuan Abdullah, 44, teruja apabila perkahwinan mereka diraikan bersama lima pasangan lain yang lebih muda daripada mereka.

Beliau yang juga doktor pergigian di sebuah klinik kesihatan di Selangor berkata, pertembungan sebanyak tiga kali dengan suami di sebuah kedai akhirnya menyatukan mereka berdua dengan ikatan perkahwinan.

“Kisah bermula apabila setiap kali bertembung kami memakai pakaian warna yang sama dan dari situ suami menegur dan menyatakan kami berdua mempunyai citra rasa yang sama lalu meminta nombor telefon bimbit untuk berkenalan dengan lebih rapat.

“Pada awalnya saya agak keberatan untuk memberikannya kerana ketika itu masih tidak mengenali antara satu sama lain, namun selepas bertukar nombor kami berhubung selama setahun melalui WhatsApp dan semakin rapat.



“Tidak disangka dia jodoh saya dan perhubungan kami direstui keluarga,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis perkahwinannya yang berlangsung penuh meriah turut dihadiri 2,000 tetamu.

Sehari sebelum majlis diadakan aktiviti rewang disertai penduduk sekitar memasak makanan yang menjadi simbolik silaturahim masyarakat Melayu.

Tetamu hadir dihidangkan masakan Melayu dan kuih-muih dengan mengorbankan empat ekor lembu di bawah projek pertanian RPWP, selain dihiburkan dengan kumpulan pemuzik tradisional tempatan dan acara silat.



Bagi penghuni RPWP yang juga pasangan paling muda, Nauratul Izzah Mohd Fadli, 16, berkata, penyertaan beliau dan suami Abu Rijal Masjuki, 21, diatur oleh bapa mentua yang juga Pengasas RPWP, Dr Masjuki Mohd Musuri.

Menurutnya, beliau mengakui teruja apabila menjadi pasangan paling muda pada majlis perkahwinan beramai-ramai itu yang berlangsung meriah.

Nauratul Izzah sudah mengenali antara satu sama lain sejak dari kecil.

“Rasa gementar berkahwin dalam usia muda, namun bukan menjadi penghalang kerana saya sudah mengenali hati budi suami dan yakin dia terbaik apabila melihat kemampuannya menggalas tanggungjawab yang baik sepanjang bertugas di RPWP.



“Sekiranya dikurniakan cahaya mata awal saya bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu,” katanya bertugas menguruskan penghuni di RPWP.

Masjuki berkata, pihaknya mengaturkan majlis perkahwinan anak penghuni RPWP yang dianggap seperti anak sendiri.

Katanya, majlis perkahwinan diadakan itu adalah kali ke lima dianjurkan dengan rekod teramai sembilan pasangan pada April 2017 lalu.

Empat pasangan lain terdiri dari warga RPWP yang turut diraikan pada majlis itu terdiri daripada Muhammad Fahmi Amran (24) dan Nur Dalili Johari (20); Muhammad Ash’aari Mazlan (23) dan Nur Adina Baharudin (21; Amirul Fazli Zailani (21) dan Nurul Fitrah Abdul Jami’ (25) dan Muhammad Nazmi Irwan Mohd Nazir ( 20) dan Khairunnisa Sabrina Ahmad Khairudin (20). BH



Teruja kahwin beramai-ramai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakan Shuk dedah perangai Fara Salleh



Malu dapat, sakit pun dapat

Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata

Nora diceraikan suami menerusi rakaman video

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker