Suri rumah ditemui mati dengan kesan jerut di bilik tidur

Suri rumah ditemui mati dengan kesan jerut di bilik tidur

KUANTAN – Seorang suri rumah ditemukan meninggal dunia di dalam bilik tidur di rumahnya di Indera Mahkota di sini oleh suaminya petang semalam.

Dalam kenyataannya, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mayat wanita berusia 28 tahun itu ditemukan pada pukul 7.30 malam.



Beliau berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan mengenai kehilangan mangsa oleh bapanya yang berusia 62 tahun pada pukul 3.25 petang setelah mangsa gagal dihubungi.

“Kali terakhir pengadu (bapa mangsa) menghubungi simati pada kira-kira pukul 8.30 pagi hari yang sama melalui pesanan di aplikasi WhatsApp.

“Bagaimanapun, petang itu pengadu telah dihubungi suami kepada simati memberitahu bahawa simati telah ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik tidur bahagian tengah rumah mereka,” katanya.

Wan Mohd Zahari juga memaklumkan siasatan mendapati terdapat kesan jerutan pada leher si mati.



Hasil siasatan awal pihak polis mendapati mangsa tinggal di rumah itu bersama suaminya yang merupakan warganegara China, seorang anak serta adik ipar perempuan berusia lapan tahun.

Mayat mangsa kemudian telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat.

“Susulan penemuan mayat wanita itu, polis telah menahan empat ahli keluarga termasuk suami, bapanya, bapa dan ibu mentuanya berusia 27 hingga 62 tahun untuk siasatan lanjut,” tambahnya.

Menurut Wan Mohd Zahari, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. MG



Suri rumah ditemui mati dengan kesan jerut di bilik tidur

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakan Shuk dedah perangai Fara Salleh



Malu dapat, sakit pun dapat

Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata



Nora diceraikan suami menerusi rakaman video



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker