Saya bukan Papagomo – Wan Azri

Saya bukan Papagomo – Wan Azri

Bekas exco Pemuda Umno Muhammad Wan Azri Wan Deris hari ini menafikan dia adalah sebagai personaliti dalam talian kontroversi dikenali sebagai Papagomo.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, aktivis PN itu juga menafikan dia seorang penulis blog politik.



Azri memberi keterangan tersebut dalam kes saman fitnah yang dikenakan terhadapnya oleh Lim Guan Eng dan anak bekas menteri kewangan terbabit, Clint Lim.

Pasangan anak beranak itu menyaman Azri berhubung dakwaan di Facebook mengenai wang tunai RM2 juta yang tidak diisytiharkan dibawa masuk ke Singapura pada 29 Feb 2020.

Azri membuat penafian itu ketika disoal balas oleh peguam Lim dan Clint, Simon Murali petang ini.

Azri: Saya bukan bloger.



Simon: Adakah kamu Papagomo?

Azri: Saya tidak setuju.

Defendan juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa dia mentadbir akaun Facebook yang membuat dakwaan itu. Sebaliknya dia mendakwa akaun berkenaan dikendalikan oleh peminatnya.

Azri juga menjelaskan bahawa akaun peribadinya menggunakan nama sebenar sepenuhnya dan menjadi tempat dia berkongsi video secara langsung setiap hari.



“Bagaimanapun, akaun FB saya telah ditutup oleh SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) tahun lepas,” katanya.

Lim dan Clint berhujah bahawa Azri adalah pentadbir akaun Facebook ‘Papa Azri’ yang membawa dakwaan hantaran berunsur fitnah pada 14 Mac 2020.

Bagaimanapun dalam pembelaannya, Azri menafikan sebagai pentadbir akaun tersebut dan mendakwa saman sivil berkenaan adalah suatu penganiayaan politik.

Sementara itu, semasa prosiding di hadapan pesuruhjaya kehakiman Eddie Yeo, Azri menafikan pernah memfitnah Lim dan Clint, sambil menegaskan, tiada sebarang video atau audio wujud untuk membuktikannya.



Perbicaraan disambung semula pada 11 Dis.

Clint mengemukakan saman selepas muncul dakwaan dia ditangkap di Lapangan Terbang Changi ketika cuba memasuki Singapura dengan wang tunai RM2 juta yang tidak diisytiharkan.

Lim menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta berhubung dakwaan dia terbang ke republik terbabit kononnya untuk menyelamatkan Clint pada hari tersebut.

Peguam Simon Murali mewakili Lim dan Clint, manakala Azri diwakili Logen Eskander Abdullah. Mk



Saya bukan Papagomo – Wan Azri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakan Shuk dedah perangai Fara Salleh



Malu dapat, sakit pun dapat

Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata

Nora diceraikan suami menerusi rakaman video

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker