Punca kematian Nidza diketahui lepas bedah siasat – IGP
Punca kematian Nidza diketahui lepas bedah siasat – IGP
Polis belum dapat mengklasifikasikan kematian Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang mayatnya ditemukan di Sungai Klang petang semalam sebagai kes jenayah atau sebaliknya sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya bergantung kepada keputusan hasil bedah siasat sebagai petunjuk arah siasatan memandangkan belum ada saksi yang tampil memberikan maklumat berhubung penemuan mayat itu.
“Kes masih dalam siasatan dan kita dapat lihat telefon bimbit mangsa masih ada, cuma kad bank sahaja yang hilang.
“Jadi, kita tunggu hasil siasatan daripada bedah siasat…dari situ baru boleh kesan punca dan membantu kita untuk tindakan seterusnya,” katanya mengulas sama ada kes kematian penyanyi itu berkemungkinan disebabkan samun.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kali Kesembilan 2024 di Shah Alam hari ini.
Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) merangkap Komandan Kor SUKSIS UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin dan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Razarudin berkata proses bedah siasat masih berjalan di Hospital Shah Alam dan dijangka selesai petang ini.
Semalam, mayat penyanyi dan Youtubers berusia 23 tahun itu ditemukan di Sungai Klang pada kira-kira 7.30 petang selepas dilaporkan hilang sehari sebelum itu ketika keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman Klang seorang diri.
Adiknya Afrina Hanie mendakwa kehilangan abangnya berkaitan dengan kes samun susulan kehilangan kad debit dan wang tunai manakala kad pengenalan, kad pelajar dan gambar yang disimpan dalam dompet tidak terusik ketika ditemui di atas Jambatan Sungai Klang. Mk
Punca kematian Nidza diketahui lepas bedah siasat – IGP
Baca Artikel Menarik:
- Mirzan dan Mokhzani diberi lanjutan akhir isytihar aset
- PAU 2024: Umno tak jemput pemimpin parti kerajaan perpaduan
- Lindungi premis haram, Timbalan Pengarah bersama 5 penguat kuasa PBT didakwa esok
- Anwar tak faham perdagangan – Azmin
- Paderi ditahan disyaki cabul remaja 13 tahun
- Amuk bawa pisau di stesen KTMB, lelaki ditahan
- Tutup kes rogol, pegawai penguat kuasa dicekup
- Wajib bantah keputusan KDN batal larangan komik Hew – Puad
- Mencuri bersama, kena kejar, suami lari tinggal isteri
- Bakal pengantin tertipu, dewan kosong, pelamin tak siap
- Hang Tuah kalah kes mahkamah terhadap Hang Jebat
- Bapa saudara maut ditikam anak saudara
- Zawawi akan saman Takiyuddin
- Wan Fayhsal ketagih perhatian – Fahmi
- Dakwaan anak saya seludup RM2 juta berita palsu – Guan Eng
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rakan Shuk dedah perangai Fara Salleh