Lakonan macam kayu

Fizi Ali dilabel pelakon kayu

Lakonan macam kayu

SAAT melangkah dalam industri seni, nama Fizi Ali menyinar sebagai peserta program realiti pencarian bakat lakonan, Pilih Kasih. Namun, siapa sangka, rezekinya bukan dalam cabang seni itu.

Sedar tidak sedar, sudah 11 tahun namanya dibina dan semakin utuh dalam dunia penyampaian radio. Berkesempatan bertemu penyampai radio berusia 35 tahun ini, Fizi berkongsi kisah lucu yang membuatkannya ‘trauma’ untuk meneruskan karier lakonan.



Siapa sangka, watak lakonannya pernah dimatikan kerana dilabel sebagai pelakon ‘kayu’ oleh seorang pengarah.

“Saya ada terima tawaran berlakon, tapi saya rasa tak payah. Saya tak mahu memeningkan kepala orang. Saya memang mulakan karier melalui lakonan. Namun, apa yang membuatkan saya berhenti adalah kerana pernah sekali dihalau di lokasi penggambaran oleh pengarah sebab saya terlampau ‘kayu’,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut mengenai pengalamannya yang mencuit hati itu, Fizi tidak menyalahkan mana-mana pihak termasuk pengarah kerana sedar kemampuannya.

“Waktu itu saya masih baru dan tak pandai berlakon. Tiba-tiba dapat watak ustaz dan nak kena hafal hadis dan sebagainya. Macam-macam cara juga pengarah ini cuba bantu saya. Tapi, apabila cuba berdialog, memang tak menjadi. Jadi, perkara ini berulang setiap hari dan sampai saya rasa saya dah menyusahkan semua orang.



“Sampai satu tahap, pengarah itu dah berbincang dan dia cakap, terpaksa matikan watak saya. Bukan ganti, tapi matikan terus. Dia minta maaf dan cakap saya tak boleh berlakon,” katanya.

Keputusan itu juga sedikit sebanyak menjentik emosinya sehingga membuatkan dia menitiskan air mata.

“Memang saya sendiri kecewa dan sedih sampai saya menangis dalam kereta waktu perjalanan pulang dari lokasi penggambaran itu. Saya tanya diri saya, ‘aku ini teruk sangat ke?’. Itu saya rasa lakonan terakhir saya.

“Jadi, sekarang Alhamdulillah, dalam bidang penyampai radio pun dah hampir 11 tahun. Saya dah bertemu kerjaya yang saya betul-betul impikan dan minat,” katanya.



Menurut Fizi, fokusnya kini adalah sebagai penyampai radio di Hot FM dan sesekali menggalas tanggungjawab menjadi pengacara untuk program TV dan sebagai pengacara majlis.

“Saya ada beberapa program di luar (sebagai pengacara), contohnya program TV bersama TV3, ada program yang saya kendalikan sesi karpet merah, ada juga acara-acara. Tapi, fokus utama adalah Hot FM,” katanya.

Pada 3 Julai lalu, Fizi sekali lagi dikurniakan rezeki daripada Allah buat keluarganya apabila menimang cahaya mata perempuan.

Menggunakan pengalaman yang pernah ada, Fizi menganggap prosesnya lebih mudah bersama isteri, Siti Zulaikha.



“Alhamdulillah, kehidupan sekarang semakin gembira, bahagia dan baik semuanya dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata. Jadi, jumlah semua tiga anak (termasuk anak tirinya, Damia) dan ketiga-tiganya perempuan. Alhamdulillah.

“Cuma yang mencabar apabila nak kembali semula untuk ingat bagaimana menjaga bayi. Dia pula kuat berjaga. Malam bangun dan siang tidur. Jadi, saya dan isteri sama-sama. Mujur di Hot FM, saya bekerja di sebelah petang.

“Pengalaman daripada Ameena (anak hasil perkahwinan dengan pelakon, Shakilla Khoriri) juga, jadi banyak perkara yang saya dah tahu, contohnya mengenai susu, lampin pakai buang dan barang keperluan, semuanya berdasarkan pengalaman.

“Dia tak meragam sangat. Mungkin sama seperti bayi lain juga, waktu malam dia berjaga dan sebagainya. Tapi, kami pun menggunakan khidmat pembantu ketika berpantang (confinement lady) untuk memudahkan isteri saya,” katanya.



Ditanya mengenai penerimaan Ameena yang kini bergelar kakak, Fizi berkata, anak pertamanya itu sangat teruja.

“Ameena sangat teruja. Sebelum ini setiap kali datang ke rumah, dia akan tanya isteri saya, ‘Mama, bila baby nak keluar?’. Dia tak sabar sangat. Jadi, apabila dah bersalin dan dia tengok adik dah ada di rumah, itu kali pertama dia tengok dan dia macam teruja sangat. ‘Daddy, dah ada adik dah ke?’ dia tanya sebab dia tak dapat tengok detik-detik kelahiran.

“Jadi, apabila berjumpa, perkara pertama dia cakap adalah, ‘Nak cium baby boleh tak?’. Ada satu video saya kongsi, bila dia dah cium dan pegang adik dia, dia macam termenung sekejap. Apa yang dia terfikir waktu itu. Mungkin dia dah sedar, dia dah jadi kakak,” katanya.

Sehingga hari ini, Fizi belum berkongsi wajah dan nama bayinya itu bagi menjaga privasi dan atas perbincangan bersama isteri.



“Nama anak belum kami dedahkan. Gambar wajah anak pun kami belum dedahkan lagi kerana takut penyakit ‘ain. Tapi, senarai nama dah ada dan kami pun dah panggil dengan nama. Saya dah isteri sepakat selepas dia selesai menjalani proses berpantang, baru kami kongsikan.

“Ada ramai yang DM dan bertanya, nak tengok wajah anak dan sebagainya. Kami pun nak tunjukkan juga sebab kami faham ada saudara-mara yang jauh dan tak dapat ziarah. Sekurang-kurangnya kalau kami kongsi di media sosial, dapat mereka tengok. Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.

“Bersama isteri, kami lebih banyak kepada benda yang menyenangkan masing-masing. Contohnya, ketika berkahwin, kami adakan akad nikah saja dan dipermudahkan.

“Ketika nak tahu jantina pun, kami tak ada buat ‘baby shower’ dan sebagainya. Doktor pun tanya, nak tahu jantina anak tak. Kami cakap, tak apa sebab yang penting, anak sihat. Jadi, majlis akikah pun kami belum rancang,” katanya. HM

Lakonan macam kayu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakan Shuk dedah perangai Fara Salleh

Malu dapat, sakit pun dapat

Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata

Nora diceraikan suami menerusi rakaman video

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker