Kongsi lokasi semasa anda walau anda macam ‘gangster’

Sweet Qismina beri nasihat kepada orang ramai.

Kongsi lokasi semasa anda walau anda macam gangster

Terkesan dengan insiden menimpa Allahyarham Nidza Afham, pelakon Sweet Qismina menasihatkan orang ramai agar berkongsikan lokasi semasa kepada keluarga terutama ketika bersendirian.

Tidak kira lelaki mahupun wanita, pemilik nama lengkap Farhanna Qismina Supandi, 27, menegaskan setiap individu perlu mengambil langkah tambahan demi menjaga keselamatan diri.



“Kesayangan semua, tolong kongsi keberadaan kalau sedang bersendirian, tak kisah perempuan atau lelaki.

“Tak kisah kalau awak mahir dalam seni mempertahankan diri, gengster macam mana sekali pun tolong kongsi keberadaan anda dengan keluarga,” katanya menerusi InstaStory.

Pada masa sama, isteri kepada pelakon Adam Lee itu turut mengingatkan orang ramai agar jangan pula berkongsi lokasi dalam media sosial kerana boleh menjadi perhatian mereka yang mempunyai niat tidak baik.

“Orang kata menjengkelkan nak kemas kini 24 jam pun buatlah. Jangan rajin sangat kongsi lokasi awak dalam media sosial.



“Kongsi satu jam atau sehari selepas berada di tempat kejadian. Kalau rasa tak sedap hati, jangan muat naik dulu.

“Orang boleh kesan lokasi dan serang anda bila-bila masa sahaja,” ujarnya lagi.

Kesal dengan apa yang berlaku kepada abang penyanyi Aufahanie, Sweet menganggap insiden membabitkan arwah sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati.

“Biar ada privasi dalam media sosial tetapi bukan dengan keluarga. Nasib arwah kongsikan aktiviti dia.



“Kalau tidak, kita tak akan dapat tahu (kehilangan Nidza). Salam takziah, Aufahanie,” jelasnya.

Awal pagi semalam berita kehilangan peserta itu dikongsi adiknya yang juga penyanyi, Aufahanie bagi memohon bantuan orang ramai mengesan atau memberikan maklumat berkaitan kehilangan abangnya itu.

Namun tidak sampai 24 jam pencarian, Allahyarham ditemukan sekitar pukul 7 malam kira-kira satu kilometer dari lokasinya dilaporkan hilang iaitu berhampiran Jambatan Sungai Klang di Klang, Selangor. K Online

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakan Shuk dedah perangai Fara Salleh

Malu dapat, sakit pun dapat



Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata

Nora diceraikan suami menerusi rakaman video



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker