Ibu dan anak maut dalam perjalanan ke sekolah

Ibu dan anak maut dalam perjalanan ke sekolah

IPOH – Seorang wanita dan anak perempuannya maut dalam perjalanan ke sekolah selepas kereta dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kenderaan jenis MPV di Jalan Kuala Kangsar-Manong, Kuala Kangsar pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata kejadian kira-kira 7 pagi itu turut membabitkan seorang lagi kanak-kanak perempuan yang duduk di bahagian tempat duduk belakang dan hanya mengalami cedera ringan.



“Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta jenis Honda City berlanggar dengan sebuah kenderaan jenis MPV Toyota Vellfire yang membabitkan tiga orang mangsa yang menaiki kereta Honda City.

“Seorang wanita dewasa (pemandu) dan seorang kanak-kanak perempuan yang tersepit di tempat duduk penumpang bahagian hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pemandu Toyota Vellfire tidak mengalami sebarang kecederaan dan anggota bomba melakukan kerja-kerja penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa yang cedera telah diserahkan pada pihak KKM untuk menerima rawatan manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.



Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Muhammad Khalid Mohd Idris itu tamat pada 9.10 pagi. MG

Ibu dan anak maut dalam perjalanan ke sekolah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rakan Shuk dedah perangai Fara Salleh

Malu dapat, sakit pun dapat



Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata

Nora diceraikan suami menerusi rakaman video



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker