Di mana Raisya Rasyiqah?
Di mana Raisya Rasyiqah?
Orang ramai diminta membantu mengesan seorang remaja perempuan, Raisya Rasyiqah Mohd Rashdan yang dilaporkan hilang di Pekan Beranang dekat sini sejak Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan remaja berusia 15 tahun itu sekitar 10.03 malam.
“Remaja itu balik sekolah lewat 1.40 tengah hari, ibunya telah mencari dan jumpa dia di kawasan Beranang di sini pada pukul 6.40 petang.
“Remaja itu tidak mahu balik dan melarikan diri serta gagal dikesan sehingga kini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Naazron, remaja terbabit berketinggian 148 sentimeter dengan berat kira-kira 40 kilogram serta berkulit warna sawo matang.
“Raisya Rasyiqah berbadan sederhana, memakai cermin mata, pakaian baju kemeja T kadet polis, seluar sukan biru tua dan bertudung ungu,” katanya.
Susulan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-891 14222. MG
Di mana Raisya Rasyiqah?
Baca Artikel Menarik:
- Mirzan dan Mokhzani diberi lanjutan akhir isytihar aset
- PAU 2024: Umno tak jemput pemimpin parti kerajaan perpaduan
- Lindungi premis haram, Timbalan Pengarah bersama 5 penguat kuasa PBT didakwa esok
- Anwar tak faham perdagangan – Azmin
- Paderi ditahan disyaki cabul remaja 13 tahun
- Amuk bawa pisau di stesen KTMB, lelaki ditahan
- Tutup kes rogol, pegawai penguat kuasa dicekup
- Wajib bantah keputusan KDN batal larangan komik Hew – Puad
- Mencuri bersama, kena kejar, suami lari tinggal isteri
- Bakal pengantin tertipu, dewan kosong, pelamin tak siap
- Hang Tuah kalah kes mahkamah terhadap Hang Jebat
- Bapa saudara maut ditikam anak saudara
- Zawawi akan saman Takiyuddin
- Wan Fayhsal ketagih perhatian – Fahmi
- Dakwaan anak saya seludup RM2 juta berita palsu – Guan Eng
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.