‘Saya tak mahu pulang ke sana, ada sejarah hitam terpahat’ – Bapa arwah Noradriana
Kes bunuh dan bakar di Kampung Paya Redan
‘Saya tak mahu pulang ke sana, ada sejarah hitam terpahat’ – Bapa arwah Noradriana
MUAR: Bapa kepada Allahyarham Noradriana Nor Hasyim, 11, yang maut bersama datuk dan neneknya dalam kejadian bunuh dan bakar di Kampung Paya Redan, di sini, tidak mahu lagi menjenguk kediaman keluarganya itu.
Bagi Nor Hasyim Tahir, 43, terdapat sejarah hitam yang terpahat dalam ingatannya sehingga menyukarkannya untuk mendekati rumah yang menjadi lokasi kejadian pada Jumaat lalu itu.
Nor Hasyim yang kini berulang alik dari tempat kerjanya di Pagoh Jaya, di sini ke Melaka setiap hari memberitahu, sekiranya pulang ke kampung dia akan menangis mengenangkan anak perempuannya itu.
“Saya tidak mahu pulang ke sana (Kampung Paya Redan) lagi kerana ada sejarah hitam tercatat. Saya tidak boleh melupakan peristiwa itu yang menyebabkan anak tunggal saya pergi buat selama-lamanya.
“Jika saya pulang dan ternampak kanak-kanak sebaya arwah (Noradriana) saya akan menangis. Biarlah saya duduk di sini (Melaka) dan berulang-alik ke tempat kerja setiap hari,” katanya.
Nor Hasyim mengakui ketika ini dia masih terkejut dengan tragedi yang turut mengorbankan ibu dan bapa mentuanya iaitu Ara Abd Hamid dan Mohamed Nor Mohamed Yassin.
Dalam kejadian 1.30 pagi Jumaat lalu, tiga sekeluarga meninggal dunia selepas disyaki dibunuh sebelum rumah dibakar.
Ketika kejadian, Nor Hasyim yang memandu lori rempah ratus berada di Kelantan kerana menghantar barangan, sebelum bergegas pulang sebaik menerima berita sedih itu.
Anaknya mengalami kecederaan parah pada muka dan kepala, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini.
Difahamkan, berita pemergian tiga sekeluarga itu sudah diketahui Norazmina Mohd Radhi, 14, yang kini masih menerima rawatan di HPSF.
Sementara itu, Nor Hasyim berkata dia memerlukan masa untuk menerima kenyataan yang anaknya sudah tidak akan kembali lagi.
“Buat masa ini saya reda dengan pemergiaan Noradriana, cuma saya perlukan sokongan untuk menempuh semua ini,” katanya. BH
‘Saya tak mahu pulang ke sana, ada sejarah hitam terpahat’ – Bapa arwah Noradriana
Baca Artikel Menarik:
- Mirzan dan Mokhzani diberi lanjutan akhir isytihar aset
- PAU 2024: Umno tak jemput pemimpin parti kerajaan perpaduan
- Lindungi premis haram, Timbalan Pengarah bersama 5 penguat kuasa PBT didakwa esok
- Anwar tak faham perdagangan – Azmin
- Paderi ditahan disyaki cabul remaja 13 tahun
- Amuk bawa pisau di stesen KTMB, lelaki ditahan
- Tutup kes rogol, pegawai penguat kuasa dicekup
- Wajib bantah keputusan KDN batal larangan komik Hew – Puad
- Mencuri bersama, kena kejar, suami lari tinggal isteri
- Bakal pengantin tertipu, dewan kosong, pelamin tak siap
- Hang Tuah kalah kes mahkamah terhadap Hang Jebat
- Bapa saudara maut ditikam anak saudara
- Zawawi akan saman Takiyuddin
- Wan Fayhsal ketagih perhatian – Fahmi
- Dakwaan anak saya seludup RM2 juta berita palsu – Guan Eng
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.