Peniaga terpaksa lelong pakaian serendah RM10

Banjir di Masjid Tanah

Peniaga terpaksa lelong pakaian serendah RM10

ALOR GAJAH: Suasana di sekitar pusat perniagaan di pekan Masjid Tanah di sini, meriah bagaikan ingin menyambut Aidilfitri apabila rata-rata peniaga pakaian yang terjejas akibat banjir di situ membuat jualan lelong dengan harga serendah RM10.

Pemilik Butik Pakaian Sapura, Safiah Ashari berkata dia melakukan jualan itu bermula Isnin lalu selepas air banjir yang naik sehingga paras paha telah menenggelamkan lebih 3,000 pasang baju di kedainya seperti baju kurung dan pakaian kanak-kanak dengan kerugian hampir RM100,000.



“Sebenarnya pakaian ini tidaklah rosak sangat kerana sebaik sahaja air banjir surut, kami terus basuh pakaian ini. Tetapi tidak sangka apabila kami menjemur pakaian ini di depan kedai, orang ramai mula datang tengok dan beli.

“Jadi, kami buat jualan lelong ini bukan sahaja untuk menampung kerugian yang dialami, tetapi juga untuk menghabiskan stok sedia ada dan sambutan juga amat menggalakkan.

“Kebanyakan pelanggan mengetahui jualan ini melalui TikTok dan Facebook,” katanya.

Safiah berkata sekurang-kurangnya lapan kedai pakaian di lot bangunan perniagaan di situ yang mengalami nasib sama akan turut melakukan jualan lelong sehingga semua pakaian habis dijual.



Sementara itu, seorang pengunjung Rosita Azhar, 35, berkata dia tidak kisah membeli pakaian berkenaan kerana kualitinya masih elok walaupun terkena air banjir.

“Saya beli baju Melayu dan kurta untuk anak-anak berharga kira-kira RM10 dan RM15, saya sendiri membeli tiga pasang baju kurung dengan harga antara RM25 hingga RM50, sangat berbaloi kerana semuanya cantik dan kainnya sangat berkualiti.

“Memang ada bau sedikit tetapi bagi saya itu bukan masalah kerana baju ini boleh dibasuh,” katanya.

Bagi Roslan Iskandar, 56, jualan itu memberi peluang untuknya membeli baju Melayu dan kurta yang berkualiti untuk dipakai semasa mengerjakan solat berjemaah di masjid.



“Pendapatan saya tidak menentu, apabila ada jualan lelong memang saya akan beli kerana boleh tukar-tukar pakai untuk ke masjid atau kenduri … kita tahu harga baju sekarang memang mahal, dapat beli pada harga RM35 bagi sepasang baju Melayu memang berbaloi,” katanya.

Pada Ahad lalu, empat kawasan di Masjid Tanah iaitu Kampung Paya Lebar, Ramuan China Besar, Taman Masjid Tanah Ria dan Durian Daun dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan selama lebih enam jam dan disifatkan antara yang terburuk dalam tempoh 10 tahun. BH

Peniaga terpaksa lelong pakaian serendah RM10

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakan Shuk dedah perangai Fara Salleh

Malu dapat, sakit pun dapat



Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata

Nora diceraikan suami menerusi rakaman video



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker