Rusuhan di UK, lebih 400 ditahan

Rusuhan di UK, lebih 400 ditahan

LONDON: Hampir 400 orang ditahan dengan 100 didakwa atas kesalahan melakukan kacau ganggu dalam tempoh seminggu yang dicetuskan oleh maklumat salah dalam talian mengenai pembunuhan tiga kanak-kanak perempuan.

Individu yang disyaki merusuh dihadapkan ke mahkamah Britain pada Selasa ketika kerajaan mengumumkan 6,000 polis bersedia menangani gangguan paling buruk di England dalam tempoh lebih sedekad.

Perdana Menteri Keir Starmer yang juga bekas ketua pendakwa raya negara, berkata beliau menjangkakan “hukuman substantif sebelum akhir minggu ini” kepada perusuh selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar kedua dalam beberapa hari, lewat Selasa.

“Itu sepatutnya menghantar mesej yang sangat kuat kepada sesiapa yang terbabit sama ada secara langsung atau dalam talian,” katanya.

Pergolakan yang paling buruk di Britain sejak rusuhan London 2011 menyebabkan beberapa negara memberi amaran kepada rakyatnya mengenai bahaya mengembara di United Kingdom.

Rusuhan di beberapa bandar telah menyaksikan penunjuk perasaan membaling batu dan suar ke arah anggota polis, membakar kereta dan menyerang masjid dan sekurang-kurangnya dua hotel yang digunakan sebagai penginapan pencari suaka menjadi sasaran.

Puluhan individu yang didakwa melakukan kesalahan dibawa ke hadapan hakim pada Selasa dengan beberapa daripada mereka mengaku bersalah.

Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun menjadi orang pertama dipenjara, lapor PA Media.

Seorang lagi lelaki disabitkan kesalahan selepas mengaku menyerang seorang pegawai polis di luar sebuah hotel yang menempatkan pencari suaka di Rotherham, utara England, pada Ahad.

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mengaku bersalah melakukan kekacauan ganas di Liverpool pada Sabtu lalu selepas dia dikenal pasti daripada video TikTok, manakala seorang lelaki di Leeds mengakui menyiarkan kata-kata ugutan di Facebook untuk membangkitkan kebencian kaum.

Pergolakan bermula Selasa minggu lalu selepas tiga kanak-kanak perempuan terbunuh dalam kelas tarian bertemakan Taylor Swift di Southport, barat laut England.

Khabar angin pada mulanya tersebar di media sosial mendakwa penyerang itu adalah seorang Muslim pencari suaka.

Suspek kemudiannya dikenali sebagai Axel Rudakubana, 17 tahun, dilahirkan di Wales. Media UK melaporkan bahawa ibu bapanya berasal dari Rwanda.

Kerajaan yang baru berusia sebulan berikrar untuk mengambil tindakan tegas terhadap pergolakan itu dan Majlis Ketua Polis Negara berkata pada Isnin bahawa 378 orang ditahan setakat ini.

Menteri Kehakiman, Heidi Alexander memberitahu BBC Radio 4 bahawa kerajaan mengerah 6,000 pegawai polis untuk menangani keganasan itu.

Polis menyalahkan kacau ganggu itu kepada individu yang dikaitkan dengan ‘English Defence League’ yang kini tidak berfungsi, sebuah pertubuhan Islamofobia sayap kanan yang ditubuhkan 15 tahun lalu, yang penyokongnya dikaitkan dengan hooliganisme bola sepak.

Bilionair teknologi Elon Musk meningkatkan pertikaian dengan kerajaan UK pada Selasa apabila menyamakan Britain dengan “Kesatuan Soviet.”

Jurucakap Starmer berkata “tiada justifikasi” untuk komen Musk sebelum ini bahawa “perang saudara British tidak dapat dielakkan.”

Keganasan terbaru pada malam Isnin menyaksikan perusuh membaling batu dan bunga api di Plymouth, selatan England, mencederakan beberapa pegawai polis.

Pegawai di Belfast, Ireland Utara, diserang ketika perusuh cuba membakar sebuah kedai milik warga asing.

Polis berkata seorang lelaki berusia 30-an telah diserang dan mereka menganggap kejadian itu sebagai jenayah kebencian bermotifkan perkauman.

Kenya menjadi negara terbaru yang memberi amaran kepada rakyatnya supaya berwaspada di Britain selepas Nigeria, Malaysia, Australia dan Indonesia mengeluarkan amaran menasihatkan rakyat mereka supaya menjauhi demonstrasi. BH

Rusuhan di UK, lebih 400 ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia tinggalkan saya macam tu sahaja

Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]

Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]

Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker