Pembalakan cemar Sungai Temer, kami hilang punca pendapatan

Pembalakan cemar Sungai Temer, kami hilang punca pendapatan

GUA MUSANG: Orang Asli Pos Pasik di sini mendakwa Sungai Temer yang menjadi sumber air dan pendapatan lebih 1,000 penduduk suku kaum Temiar tercemar akibat aktiviti pembalakan di kawasan hulu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Pasik, Jimi Arifin mendakwa sungai itu mula terdedah kepada pencemaran lebih sebulan lalu menyebabkan air menjadi keruh dan kotor apabila hujan.



Beliau turut mendakwa pencemaran itu akibat lumpur dari kawasan pembalakan yang turun ke sungai.

“Di bahagian atas kawasan tadahan air bersih, tapi bila turun ke bawah bertukar keruh apabila air mula bercampur dengan lumpur, kesan aktiviti hutan, termasuk balak.

Sejak air mula keruh, kami tidak dapat menggunakan air sungai dan kanak-kanak juga terkesan kerana tiada lagi aktiviti mandi sungai pada waktu petang, katanya.

Wakil Jaringan Kampung Orang Asli Pos Pasik, Aznan Siam, bimbang timbul kesan jangka panjang apabila kawasan pembalakan mungkin dijadikan ladang pertanian.



Beliau berkata, aktiviti pertanian berskala besar seperti pembukaan ladang getah atau sawit akan menyebabkan air sungai semakin tercemar dengan racun tanaman.

“Sebab tujuan pembalakan untuk dapat balak, selepas itu mereka buka ladang dan kita bimbang air sungai akan dicemari racun daripada aktiviti pertanian.

Kami mengharapkan tindakan lanjut pihak berkuasa kerana kualiti air sudah tercemar dan kotor. Kami juga bimbang dengan keselamatan penduduk di Pos Pasik kerana air sungai menjadi punca dan sumber air kami.

FMT akan mendapatkan maklum balas daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli mengenai keadaan itu. FMT



Pembalakan cemar Sungai Temer, kami hilang punca pendapatan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia tinggalkan saya macam tu sahaja



Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]

Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]



Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker