Wanita maut terbakar dalam bilik tidur berpunca dari puntung rokok

PETALING JAYA: Siasatan polis mendapati puntung rokok daun dipercayai menjadi punca kebakaran yang mengakibatkan kematian wanita di Apartmen Sea Park, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 62 tahun itu tinggal bersendirian.

Menurut beliau, pihak polis menerima laporan pada 6.45 petang dan pihak bomba mendapati kebakaran berlaku hanya di bilik mangsa iaitu di bilik kedua bersebelahan dapur.



“Pasukan forensik bomba mendapati kebakaran berpunca daripada rokok daun, malah didapati banyak puntung rokok di sekeliling katil mangsa.

“Menurut maklumat diperoleh, mangsa pernah mengalami patah kaki pada dua tahun lalu dan hanya mampu bergerak perlahan menggunakan tongkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Shahrulnizam berkata, kejadian diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) berikutan tiada unsur jenayah dikesan.

“Orang amai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Safuan Alias di talian 01110255125 bagi membantu siasatan,” jelasnya.



Terdahulu, media melaporkan seorang wanita ditemukan renting dalam bilik tidurnya di sebuah apartmen, di sini.

Mangsa ditemukan maut akibat rentung 60 peratus selain kebakaran itu membabitkan katil dan tilam tanpa membabitkan struktur bangunan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia tinggalkan saya macam tu sahaja

Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]



Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]

Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker