Ulama PAS pun pernah tersasul – Khairuddin
Ulama PAS pun pernah tersasul – Khairuddin
Tersilap dalam melafaz kata adalah suatu kesalahan yang boleh dimaafkan, kata seorang pemimpin kanan Majlis Ulama Umno.
Menurut Mohd Khairuddin Aman Razali, kesilapan sebegitu bukanlah asing kepada sesiapa dan boleh berlaku ke atas mana-mana individu secara di luar kawalan.
Katanya dalam Islam mengajar umatnya bahawa kesilapan yang tidak disengajakan itu boleh dimaafkan walaupun ia kelihatan dari luaran melibatkan sesuatu yang besar.
Memetik hadis Nabi Muhammad SAW, Mohd Khairuddin berkata, ada seorang hamba yang terlalu gembira apabila untanya ditemui semula selepas hilang beberapa ketika.
Dalam keadaan kegembiraan yang bersangatan itu, kata bekas ahli parlimen Kuala Nerus berkenaan, hamba terbabit tersasul semasa mengucapkan syukur sehingga berkata “Ya Allah! Kamulah hambaku dan akulah Tuhanmu”.
“Kegembiraan yang amat sangat menjadikan si hamba tadi tersasul menyebut perkataan yang pada zahirnya menjadikan dirinya kufur sedangkan niatnya ialah bersyukur kepada Allah,” katanya dalam hantaran semalam.
Merujuk kepada ucapan Ahmad Zahid Hamidi, Mohd Khairuddin berkata, timbalan perdana menteri itu secara tidak sengaja menyebut “hidup Israel” sedangkan majlis berkenaan dibuat bagi menyatakan sokongan kepada Palestin.
“Ia merupakan kesilapan yang berlaku dalam keghairahan dan semangat mendukung Palestin dan menentang rejim haram Israel.
“Malah berulang kali sebelum dan selepasnya beliau menyebut kata-kata yang tepat iaitu ‘hidup Palestin, hancur Israel’.
“Kesilapan tersebut termasuk dalam kategori kesilapan yang dimaafkan oleh Allah dan tidak diambil kira dalam catatan amalan sebagaimana hadis nabi yang bermaksud: ‘Sesungguhnya Allah menggugurkan daripada umatku kesilapan, lupa dan apa yang dipaksakan ke atas dirinya.” katanya.
Hiasi dengan akhlak mulia
Kelmarin sesetengah pihak mengecam atau mempersendakan petikan ucapan Ahmad Zahid semasa berada di atas pentas himpunan anjuran kerajaan bagi menyatakan sokongan kepada Palestin.
Ia diadakan sesudah pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh, terkorban dalam serangan rahsia rejim Zionis di Teheran, Iran.
Ahmad Zahid yang juga presiden Umno didapati tersasul apabila melaungkan “Hidup Israel” namun dia kemudian memohon maaf atas kesilapan tersebut.
Mohd Khairuddin berkata amat malang apabila musuh politik kerajaan – yang dianggap berakhlak rendah – mempersendakan kesilapan yang tidak disengajakan tersebut.
Padahal, kata bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat itu lagi, Menteri Besar Kelantan juga pernah tersasul semasa berucap di Nenggiri dengan “PAS adalah Bersatu, dan Bersatu adalah DAP”.
“Begitu juga pernah berlaku seorang pimpinan Dewan Ulama PAS tersasul mendoakan kemusnahan Perikatan Nasional ketika berdoa secara beramai-ramai dalam perhimpunan.
“Justeru marilah kita serikan pentas demokrasi politik negara kita dengan hiasan akhlak mulia meskipun kita berbeza,” katanya yang juga penasihat agama Ahmad Zahid. Mk
Ulama PAS pun pernah tersasul – Khairuddin
Baca Artikel Menarik:
- Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’
- Aisha Retno tayang perut pulak dah
- Peminat tegur Bella Astillah ‘jual’ lutut lepas balik umrah
- Dua maut ketika merempit di Jalan Persiaran Raja Muda Musa
- Pemain bola sepak bawa senjata tajam ketika perlawanan diburu polis
- Kulit bersih, licin ketika mandikan jenazah Jay Jay
- Keadaan di UK membimbangkan, rakyat Malaysia mesti berwaspada
- ‘Kemerdekaan kita tak lengkap tanpa pembebasan Palestin’ buat pemuda MCA sentap
- Ahli Bersatu kecewa ‘silap mata’ PAS
- Amanah Kluang gelojoh – Pemuda Umno Johor
- Tarik balik atau berdepan tindakan undang-undang
- Bunuh jiran kerana kerap tanya kenapa masih belum kahwin
- Kenapa kakak sanggup tukar ‘bin’ anaknya?
- Zahid pertimbang Umno Kota Raja minta kerusi tanding pilihan raya
- Siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin disekat Meta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]
Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]
Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya