Sungai Pahang surut melampau, ikan sangkar mati, penternak rugi
Sungai Pahang surut melampau, ikan sangkar mati, penternak rugi
MARAN: Air Sungai Pahang yang surut melampau menyebabkan 24 penternak ikan sangkar di Kampung Sanding dan Chenor, dekat sini kerugian lebih RM122,000.
Setiap penternak mendakwa kerugian antara RM5,000 hingga RM48,600 apabila ikan pelbagai saiz yang diternak mati, yang turut disebabkan faktor air sungai berubah panas.
Seorang daripada mereka, Mohd Azmi Jamal, 41, berkata dia kerugian lebih RM38,400 apabila lebih 16,800 ikan patin pelbagai saiz yang diternak dalam 28 sangkar mati secara berperingkat sejak bulan lalu.
Menurutnya, insiden air Sungai Pahang surut melampau berlaku setiap tahun sejak tiga tahun lalu apabila musim kemarau dan penternak, termasuk dia dan adiknya tidak dapat berbuat apa-apa selain sabar dan reda.
“Kemarau kali ini lebih serius apabila banyak sangkar ikan berada di atas pasir, beting pasir muncul di beberapa kawasan sepanjang Sungai Pahang. Pada hari pertama Aidilfitri lalu, lebih 12,000 ikan patin dan tilapia dalam lapan sangkar mati,” katanya.
Katanya, penternak ikan sangkar di daerah ini kini dalam dilema memikirkan musim kemarau yang berlaku setiap tahun dan semakin serius sehingga mendatangkan kerugian besar kepada mereka.
Adiknya, Nurmadihah, 34, berkata kini hanya empat unit sangkar yang boleh digunakan, selebihnya berada di atas pasir sejak dua bulan lalu dan antara 20 hingga 30 kilogram (kg) ikan patin serta tilapia diternak mereka mati setiap hari.
“Beting pasir di kawasan sangkar mula muncul bulan lalu secara berperingkat selepas Sungai Pahang mula cetek. Air sungai jadi panas, kualitinya juga merosot dan berbau busuk, lebih buruk apabila ikan yang masih ada dalam sangkar tidak boleh dimakan kerana berbau busuk, tak sihat.
“Ikan cedera, kulitnya luka dan bertukar warna menjadi putih,” katanya yang turut mengusahakan warung makan di tepi Sungai Pahang di Kampung Sanding.
Katanya, kini terdapat kira-kira 500 ikan patin dalam empat sangkar dan mereka tidak bercadang menjual ikan berkenaan dalam masa terdekat berikutan keadaan ternakan itu yang tidak sihat dan berbau busuk.
“Benih ikan diberikan Jabatan Perikanan Pahang sebanyak 2,000 ekor bulan, dipercayai hanya tinggal sedikit kerana banyak yang mati berikutan air sungai panas, bertukar warna menjadi hitam serta berbau busuk.
“Kami tak sanggup lagi tanggung rugi setiap kali kemarau dan rancang alih sebahagian sangkar ke kawasan Sungai Pahang yang lebih dalam. Kawasan itu kira-kira 100 meter dari tempat sekarang,” katanya yang bersama Mohd Azmi menyambung projek penternakan ikan arwah bapa mereka. BH
Sungai Pahang surut melampau, ikan sangkar mati, penternak rugi
Baca Artikel Menarik:
- Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’
- Aisha Retno tayang perut pulak dah
- Peminat tegur Bella Astillah ‘jual’ lutut lepas balik umrah
- Dua maut ketika merempit di Jalan Persiaran Raja Muda Musa
- Pemain bola sepak bawa senjata tajam ketika perlawanan diburu polis
- Kulit bersih, licin ketika mandikan jenazah Jay Jay
- Keadaan di UK membimbangkan, rakyat Malaysia mesti berwaspada
- ‘Kemerdekaan kita tak lengkap tanpa pembebasan Palestin’ buat pemuda MCA sentap
- Ahli Bersatu kecewa ‘silap mata’ PAS
- Amanah Kluang gelojoh – Pemuda Umno Johor
- Tarik balik atau berdepan tindakan undang-undang
- Bunuh jiran kerana kerap tanya kenapa masih belum kahwin
- Kenapa kakak sanggup tukar ‘bin’ anaknya?
- Zahid pertimbang Umno Kota Raja minta kerusi tanding pilihan raya
- Siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin disekat Meta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]
Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]
Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya
You must be logged in to post a comment.