Sultan Nazrin sebak kongsi kisah sami Buddha pertahan nyawa umat Islam
Sultan Nazrin sebak kongsi kisah sami Buddha pertahan nyawa umat Islam
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebak ketika berkongsi kisah seorang sami, Uzin Pein yang memberi perlindungan kepada sekumpulan umat Islam yang cuba dibunuh penganut Buddha.
Kisah yang dikongsikan baginda itu berlaku ketika rusuhan agama di Mandalay, Myanmar pada 2013 yang memaksa sekumpulan umat Islam mencari perlindungan di kuil Meiktila City yang dijaga sami Uzin Pein.
Titah baginda, ketika perusuh Buddha menuntut Uzin Pein menyerahkan umat Islam yang berlindung di kuil itu untuk dibunuh, sami berkenaan enggan berbuat demikian dan menegaskan pengikutnya itu perlu membunuhnya terlebih dahulu.
Baginda bertitah, apa yang ditunjukkan oleh Uzin Pein itu adalah cerminan sebenar kepada nilai karamah insaniah yang mengangkat maruah dan harga diri (human dignity) seseorang tanpa mengira sesiapa pun atau di mana pun mereka berada.
“Kita mungkin tidak mempunyai keberanian luar biasa seperti Uzin Pein namun kita boleh mencontohi beliau dalam melihat dan menilai aspek kemanusiaan sebagai keutamaan, berbanding label (pegangan) keagamaan,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian pada Persidangan Karamah Isaniah (Human Dignity) Rantau Asia Tenggara 2024 di Pusat Persidangan ACE di sini hari ini.
Persidangan yang dihadiri ketua-ketua agama termasuk mufti itu dianjurkan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Brigham Young University dan Religious Freedom Institute (RFI).
Terdahulu, Sultan Nazrin bertitah, masih ada rakyat negara ini serta di seluruh dunia yang tidak berpegang kepada semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.
Titah baginda, sikap ketidakpercayaan dan tiada semangat toleransi itu menjadi pandemik yang merebak seperti virus dalam kalangan individu, komuniti dan di seluruh negara.
Kerana itu, baginda bertitah, persidangan yang dianjurkan hari ini sangat penting dalam menentang kebencian dan menyebar luas semangat kebersamaan dan kecintaan sesama manusia.
“Ketika ada manusia yang dianggap tidak bernilai dan tidak dihargai kerana kepercayaan serta warna kulit mereka, kita perlu menekankan yang mana setiap manusia mempunyai nilai (maruah dan harga diri) yang sama,” titah baginda.
Dalam masa sama, Sultan Nazrin turut berharap persidangan hari ini dapat menangani retorik perpecahan dan sikap tidak bertoleransi yang dapat ditonjolkan menerusi kisah-kisah sebenar yang berlaku dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.
“Ini bagi menunjukkan bahawa lebih banyak elemen yang boleh menyatukan manusia berbanding yang membawa kepada perpecahan, sekali gus mengangkat kepentingan harga diri dan maruah serta nilai kemanusiaan seseorang,” titah baginda. MG
Sultan Nazrin sebak kongsi kisah sami Buddha pertahan nyawa umat Islam
Baca Artikel Menarik:
- Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’
- Aisha Retno tayang perut pulak dah
- Peminat tegur Bella Astillah ‘jual’ lutut lepas balik umrah
- Dua maut ketika merempit di Jalan Persiaran Raja Muda Musa
- Pemain bola sepak bawa senjata tajam ketika perlawanan diburu polis
- Kulit bersih, licin ketika mandikan jenazah Jay Jay
- Keadaan di UK membimbangkan, rakyat Malaysia mesti berwaspada
- ‘Kemerdekaan kita tak lengkap tanpa pembebasan Palestin’ buat pemuda MCA sentap
- Ahli Bersatu kecewa ‘silap mata’ PAS
- Amanah Kluang gelojoh – Pemuda Umno Johor
- Tarik balik atau berdepan tindakan undang-undang
- Bunuh jiran kerana kerap tanya kenapa masih belum kahwin
- Kenapa kakak sanggup tukar ‘bin’ anaknya?
- Zahid pertimbang Umno Kota Raja minta kerusi tanding pilihan raya
- Siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin disekat Meta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]
Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]
Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya
You must be logged in to post a comment.