Sheikh Hasina cuba dapatkan suaka politik UK
Sheikh Hasina cuba dapatkan suaka politik UK
Selepas melarikan diri ke India, bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina dilapor bercadang terbang ke London dipercayai bagi memohon suaka politik, lapor India Today.
Bagaimanapun tindakan melarikan diri pemimpin itu dilihat tidak meredakan ketegangan berterusan di Bangladesh.
Hasina yang dikenali sebagai ‘Iron Lady’ selepas 16 tahun menerajui pentadbiran Bangladesh terpaksa meletak jawatan dan melarikan diri apabila demonstrasi antikerajaan mencapai kemuncaknya semalam.
Desakan pengunduran Hasina daripada jawatan itu menyebabkan jalan raya di Dhaka berdepan tindakan keganasan dan kematian sejak tiga minggu lalu, namun bertukar menjadi perayaan selepas beliau melarikan diri.
Ketua tentera Bangladesh, Jeneral Waker-Uz-Zaman, berkata kerajaan sementara akan segera dibentuk selepas berunding dengan beberapa parti politik, kecuali Awami League yang menerajui pentadbiran negara itu sebelum ini.
Beliau berjanji untuk menamatkan tindakan keras yang mengakibatkan lebih 300 orang terbunuh, selain menjelaskan sudah tiba masanya untuk menghentikan keganasan dan ‘semua ketidakadilan akan diatasi’.
Hasina yang tiba di India dengan menaiki pesawat tentera, dilaporkan bercadang untuk memohon suaka politik dari United Kingdom (UK).
Bagaimanapun, anaknya, Sajeeb Wazed Joy, menafikan laporan itu sambil menegaskan ibunya tidak bercadang untuk kembali ke Bangladesh.
Hasina meninggalkan Bangladesh menaiki helikopter dan mendarat di Pangkalan Udara Hindon di pinggir Delhi semalam.
Penasihat Keselamatan Negara India, Ajit Doval dan pegawai kanan menyampaikan pendirian India berhubung perkembangan terkini di Bangladesh ketika bertemu Hasina semasa ketibaannya.
Sumber memberitahu agensi berita PTI mengenai rancangan Hasina untuk ke London, di mana beliau berharap untuk mendapatkan suaka.
Namun, rancangan itu tidak dapat dipastikan berikutan gesaan Setiausaha Luar Britain, David Lammy supaya siasatan penuh dan bebas terhadap keganasan di Bangladesh dilakukan serta diketuai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Sumber utama memberitahu India Today bahawa Hasina kekal di Pangkalan Udara Hindon selama 14 jam sambil menunggu kebenaran dari UK untuk perjalanan seterusnya. Pertemuan ihsan dirancang dengan Pejabat Perdana Menteri memantau keadaan dengan teliti. BH
Sheikh Hasina cuba dapatkan suaka politik UK
Baca Artikel Menarik:
- Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’
- Aisha Retno tayang perut pulak dah
- Peminat tegur Bella Astillah ‘jual’ lutut lepas balik umrah
- Dua maut ketika merempit di Jalan Persiaran Raja Muda Musa
- Pemain bola sepak bawa senjata tajam ketika perlawanan diburu polis
- Kulit bersih, licin ketika mandikan jenazah Jay Jay
- Keadaan di UK membimbangkan, rakyat Malaysia mesti berwaspada
- ‘Kemerdekaan kita tak lengkap tanpa pembebasan Palestin’ buat pemuda MCA sentap
- Ahli Bersatu kecewa ‘silap mata’ PAS
- Amanah Kluang gelojoh – Pemuda Umno Johor
- Tarik balik atau berdepan tindakan undang-undang
- Bunuh jiran kerana kerap tanya kenapa masih belum kahwin
- Kenapa kakak sanggup tukar ‘bin’ anaknya?
- Zahid pertimbang Umno Kota Raja minta kerusi tanding pilihan raya
- Siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin disekat Meta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]
Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]
Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya