Polis siasat portal berita atas dakwaan rombakan pegawai tertinggi PDRM besar-besaran

PETALING JAYA : Satu siasatan akan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung laporan sebuah portal berita dalam talian mengenai rombakan besar-besaran kepimpinan tertingginya yang didakwa akan ditukar keluar daripada pasukan keselamatan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, satu laporan polis telah diterima pihaknya mengenai dakwaan portal berita berkenaan 8.20 pagi tadi.

Kata beliau, kes ini disiasat dibawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



“Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu berhubung penyebaran kenyataan tidak sahih di laman sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan dakwaan mengenai rombakan besar-besaran kepimpinan tertingginya yang didakwa akan ditukar keluar daripada pasukan keselamatan itu adalah tidak benar.

Beliau berkata, PDRM ingin menegaskan bahawa tiada mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang perkara yang dimaksudkan.

Sebelum ini, portal itu memetik sumber melaporkan, antara pegawai yang terlibat dalam rombakan itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.



Portal berita juga memetik kedua-dua pegawai kanan itu telah dikaitkan dengan pertukaran ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai Ketua Pengarah.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dia tinggalkan saya macam tu sahaja

Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]



Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]

Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker