Pelajar maut dihempap pokok ketika dalam perjalanan ke sekolah

Pelajar maut dihempap pokok ketika dalam perjalanan ke sekolah

SIK: Pelajar lelaki tingkatan lima maut dihempap pokok di Kampung Charuk Sireh, di sini ketika dalam perjalanan ke sekolahnya, hari ini.

Mangsa, Muhammad Assif Md Zahid, 17, meninggal dunia akibat kecederaan parah dialami.



Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, berkata kejadian itu diketahui ibu mangsa yang berusia 46 tahun selepas dihubungi suaminya pada jam 7.44 pagi.

Katanya, ketika kejadian ibu mangsa yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan dalam perjalanan dari Felda Teloi Timur ke tempat kerjanya di Sungai Petani.

“Suaminya meminta berpatah balik dan memaklumkan berhubung kejadian yang menimpa anak mereka.

“Ketika tiba di lokasi, ibu mangsa berselisih dengan kereta suaminya dan terus mengikut suaminya ke Hospital Sik sebelum dimaklumkan anak mereka meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Jenazah pelajar itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Sik untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal yang dilakukan di tempat kejadian mendapati tiada kesan jenayah atau khianat ditemui,” katanya. BH

Pelajar maut dihempap pokok ketika dalam perjalanan ke sekolah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia tinggalkan saya macam tu sahaja

Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]



Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]

Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker