Mayat rentung kereta terbakar dalam parit

Mayat rentung kereta terbakar dalam parit

IPOH: Satu mayat ditemukan rentung dalam sebuah kereta terbakar selepas terbabas dalam parit, di Jalan Teluk Intan, Kuala Bikam di Teluk Intan, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.35 malam berhubung insiden itu dan identiti mangsa belum dikenal pasti.



“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang terbabas ke dalam sebuah parit menyebabkan terbakar 98% serta terdapat seorang mangsa yang rentung akibat kebakaran tersebut.

Ketua operasi mengaplikasikan konsep ‘Receo’ (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman, dan pemeriksaan) seterusnya mengarahkan anggota membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula, sumber air dari tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya, katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata, operasi tamat pada 12.16 tengah malam dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. FMT

Mayat rentung kereta terbakar dalam parit



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia tinggalkan saya macam tu sahaja



Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]

Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]



Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker