KPN nafi rombakan besar kepimpinan tertinggi PDRM

KPN nafi rombakan besar kepimpinan tertinggi PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan rombakan besar-besaran kepimpinan tertingginya yang dikatakan akan ditukar keluar daripada pasukan keselamatan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah mengesan satu laporan berita daripada sebuah portal (Mkini) dalam talian mengenai dakwaan perancangan pertukaran kepimpinan tertinggi PDRM.



Menurutnya, PDRM ingin menegaskan bahawa tiada mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang perkara yang dimaksudkan.

“Ini adalah berita palsu, pihak Bukit Aman juga telah menghubungi portal berkenaan, namun mereka enggan mendedahkan identiti sumber yang dinyatakan di dalam laporan berita itu.

“Kalau perlu siasatan, kita akan buat siasatan,” katanya kepada Sinar.

Razarudin berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita tempatan mengenai dakwaan Bukit Aman dikatakan merancang rombakan besar-besaran kepimpinan tertingginya.



Portal itu memetik, antara pegawai yang terlibat dalam rombakan itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Portal berita itu juga memetik kedua-dua pegawai kanan itu telah dikaitkan dengan pertukaran ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai Ketua Pengarah. Sinar

KPN nafi rombakan besar kepimpinan tertinggi PDRM

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia tinggalkan saya macam tu sahaja

Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]



Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]

Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker