Jeff Bezos hilang RM67 bilion dalam sehari

WASHINGTON – Nilai kekayaan Jeff Bezos  susut AS$15 bilion (RM67 bilion) dalam masa hanya satu hari selepas kejatuhan pasaran saham menyaksikan 500 individu terkaya  dunia termasuk Mark Zuckerberg dan Elon Musk hilang sebanyak AS$134 bilion (RM598.4 bilion) secara keseluruhan.

Portal berita MailOnline melaporkan, saham laman e-dagang milik Bezos, Amazon susut 8.8 peratus pada Jumaat lalu  sebagai sebahagian daripada penjualan besar-besaran  dalam pasaran.

Senario itu menyebabkan nilai kekayaan bersih Bezos merosot kepada AS$191.5 billion (RM855 bilion), kerana kekayaannya terkumpul dalam syarikat itu.



Indeks Nasdaq 100 yang dikuasai syarikat-syarikat  teknologi susut sebanyak 2.4 peratus. Ia turut memberi kesan kepada bilionair lain seperti Zuckerberg dan Musk.

Saham Meta Platforms Inc. milik Zuckerberg merudum 1.9 peratus, menyebabkan beliau hilang nilai kekayaan lebih daripada AS$3 bilion (RM13.39 bilion).

Sementara itu, nilai kekayaan bersih Musk sebanyak AS$252 bilion (RM1.1 trilion) juga turun sebanyak AS$6.6 bilion (RM29.4 bilion) apabila saham Tesla menjunam 4.2 peratus. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia tinggalkan saya macam tu sahaja



Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]

Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]



Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker