Isu cuti bersalin, mana sifat kemanusiaan seorang pengarah
PETALING JAYA: Isu cuti bersalin pegawai perubatan yang dihadkan kepada 60 hari menyerlahkan keperluan pengarah di peringkat kesihatan negeri dan daerah mempamerkan sifat kemanusian dan bukan hanya memiliki kemahiran yang mantap semata-mata.
Dalam satu kenyataan, Hartal Doktor Kontrak berkata, penting pemimpin mengutamakan kebajikan kakitangan mereka, menangani cabaran secara proaktif untuk memastikan hak dan kesejahteraan semua pekerja penjagaan kesihatan ditegakkan.
“Kami melahirkan rasa kesal kerana perkara sebegini terpaksa dibangkitkan di luar peringkat pengurusan sebelum ditangani. Keputusan untuk memotong cuti bersalin 90 hari kepada 60 hari adalah sangat tidak berperikemanusiaan.
“Sungguh mengecewakan bahawa tindakan tidak berperikemanusiaan itu dipertimbangkan, menonjolkan keperluan untuk kepimpinan yang lebih belas kasihan dalam sistem penjagaan kesihatan.
“Kami tetap komited untuk menyokong layanan adil dan keadaan kerja yang lebih baik. Kami bersedia untuk menyokong inisiatif yang meningkatkan daya tahan dan kemanusiaan sistem penjagaan kesihatan,” kata kenyataan itu.
Terdahulu, Hartal Doktor Kontrak menzahirkan penghargaan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad atas campur tangan tegas beliau dalam mengembalikan semula cuti bersalin 90 hari untuk pegawai perubatan di Daerah Hulu Langat.
“Tindakan segera beliau menekankan komitmennya terhadap kesejahteraan profesional penjagaan kesihatan dan sejajar dengan piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO),” katanya.
Dzulkefly dalam satu sidang media hari ini menjelaskan, kes cuti bersalin itu sebenarnya sudah pun ditangani sebelum isu berkenaan tular diperkatakan warganet.
Menurutnya, kementeriannya juga sudah menempatkan sementara pegawai perubatan dari beberapa klinik sekitar bagi menampung ketiadaan pegawai yang bercuti bersalin.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’
- Aisha Retno tayang perut pulak dah
- Peminat tegur Bella Astillah ‘jual’ lutut lepas balik umrah
- Dua maut ketika merempit di Jalan Persiaran Raja Muda Musa
- Pemain bola sepak bawa senjata tajam ketika perlawanan diburu polis
- Kulit bersih, licin ketika mandikan jenazah Jay Jay
- Keadaan di UK membimbangkan, rakyat Malaysia mesti berwaspada
- ‘Kemerdekaan kita tak lengkap tanpa pembebasan Palestin’ buat pemuda MCA sentap
- Ahli Bersatu kecewa ‘silap mata’ PAS
- Amanah Kluang gelojoh – Pemuda Umno Johor
- Tarik balik atau berdepan tindakan undang-undang
- Bunuh jiran kerana kerap tanya kenapa masih belum kahwin
- Kenapa kakak sanggup tukar ‘bin’ anaknya?
- Zahid pertimbang Umno Kota Raja minta kerusi tanding pilihan raya
- Siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin disekat Meta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]
Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]
Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya