Hukum ibadah guna beg kolostomi

Hukum ibadah guna beg kolostomi

Kebanyakan pesakit kolostomi merasa was-was untuk menunaikan amalan fardu ain terutamanya ibadah solat. Persoalan yang ditimbulkan adalah bagaimana harus mereka menguruskan kolostomi mereka ketika mengambil wuduk dan semasa menunaikan fardu solat?

Adakah mereka perlu mengosongkan pundi kolostomi mereka setiap kali mengambil wuduk atau untuk menunaikan solat? Adakah wuduk akan terbatal dengan sebab keluar najis tanpa boleh dikawal ke dalam pundi kolostomi?



Adapun menjawab persoalan ini, isu batal wuduk apabila keluar sesuatu menerusi salah satu daripada dua kemaluan seperti yang dibahaskan oleh para ulama adalah dalam konteks untuk orang yang sihat sahaja.

Akan tetapi, bagi mereka yang berpenyakit atau mengalami masalah keluar sesuatu di luar kawalan, Islam memberikan kaedah penyucian dan pelaksanaan ibadah yang lebih mudah kerana mereka dianggap orang yang berada di dalam keuzuran.

Masalah kolostomi berbeza dengan masalah sulus al-bawl (air kencing sentiasa menitis) kerana kebersihannya lebih terjamin. Oleh itu dari sudut hukum, ia tidak boleh diqiaskan kepada mereka yang mengalami masalah sulus al-bawl.

Memandangkan pengeluaran najis bagi mereka yang mengalami masalah kolostomi tidak boleh dikawal, mereka dianggap berada di dalam keadaan darurat yang tidak terikat dengan taklif syarak dalam beberapa aspek ibadah.



Menurut Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah membincangkan hukum pelaksanaan ibadah bagi pesakit yang menggunakan beg kolostomi, Majlis Fatwa telah memutuskan bahawa pesakit yang menggunakan beg kolostomi dikategorikan sebagai mereka yang mengalami masalah darurat dan tidak dianggap sebagai menanggung najis.

Oleh itu, mereka tidak perlu mengosongkan atau membersihkan beg kolostomi setiap kali untuk berwuduk atau menunaikan solat. Wuduk yang diambil oleh pesakit harus digunakan untuk melaksanakan semua ibadah termasuk menunaikan solat fardu sehingga wuduk tersebut terbatal.

Secara mudah difahami, pesakit-pesakit kolostomi dibolehkan mengambil sekali sahaja wuduk untuk semua ibadah yang hendak dilaksanakannya seperti solat, baca al-Quran atau apa sahaja sekiranya wuduk itu ia yakin tidak terbatal. Akan tetapi sekiranya tiada kesukaran bagi mereka untuk memperbaharui wuduk, ia adalah disunatkan.

Islam adalah agama yang memberi kemudahan. Oleh itu pesakit tidak wajar disyaratkan untuk mengosongkan atau membersihkan beg kolostomi setiap kali berwuduk kerana ia akan menyukarkan mereka melakukan ibadah.



Definisi kolostomi

Adapaun istilah kolostomi merujuk kepada keadaan sebahagian usus besar (colon) di dalam abdomen yang dibuka dan pembukaannya itu disalurkan ke bahagian dinding abdomen dan dilekatkan pada kulit. Hujung usus ke bahagian dubur (rectum) tidak lagi berfungsi seperti biasa.

Beg kolostomi dipasang pada abdomen yang ditebuk di mana usus keluar daripada dinding abdomen tersebut. Oleh itu pengeluaran najis tidak akan dapat dikawal sama sekali oleh pesakit. Wallahu a’lam Utv

Hukum ibadah guna beg kolostomi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia tinggalkan saya macam tu sahaja



Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]

Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]



Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker