Gandingan mustahil jadi realiti di Fly FM

Haniff dan Ean bergandingan di FLY FM.

Gandingan mustahil jadi realiti di Fly FM

Menyimpan impian selama lebih sedekad untuk bergabung kendalikan rancangan bersama, penyampai radio, Haniff Hamzah dan Ean Nasrun akhirnya dapat realisasikan hal itu.

Haniff, 38, dan Ean, 45, diganding menerajui segmen pagi stesen radio Fly FM menerusi EH! It’s Ean & Haniff On The Fly Breakfast yang mula bersiaran semalam jam 6 hingga 10 pagi, setiap Isnin hingga Jumaat.



Menariknya, mereka masing-masing akrab sebagai sahabat. Bezanya, Haniff mencipta jenamanya dalam pasaran radio Melayu manakala Ean sudah cukup prolifik sebagai penyampai stesen Inggeris.

Justeru, buat Haniff ia satu ‘kemenangan’ buat dirinya apabila dapat melangkah ke dunia baharu bersama rakan baiknya. Peluang menyertai Fly FM adalah langkah sangat besar dalam kamus kerjayanya.

“Kami berdua sebagai sahabat pun selalu sembang hal-hal yang berkaitan kehidupan kami, lepak sekali, bincang pasal kandungan untuk rancangan kami. Kami dapati kalau ada rancangan bersama, pasti menjadi.

“Niat itu selalu ada dalam kepala kami. Ambil masa bertahun untuk jadi kenyataan. Bila sudah jadi realiti, betullah ada tekanan. Tapi kami teruja kerana terima penghormatan yang sangat besar. Kami memang sedia.



“Tak pernah terfikir dan rasa seperti mustahil untuk menggandingkan kami. Paling-paling terfikir untuk buat ‘podcast’ suatu hari nanti. Rupanya tawaran dari Media Prima Audio datang dulu,” katanya.

Bertuahnya Haniff adalah kelebihan mampu bertutur dwi-bahasa baik Melayu atau Inggeris. Dia akui ia cabaran terbesarnya juga namun enggan melihat ia sebagai penghadang menyahut tawaran itu.

“Saya pun memang boleh berbahasa Inggeris. Bukan saya melompat ke stesen radio Melayu lain. Ia adalah dunia baharu yang betul-betul berbeza. Rakyat Malaysia yang bertutur bahasa inggeris tak kenal siapa saya.

“Saya sukakan itu! Saya bermula balik dari sifar. Hal itulah yang saya sangat mahukan. Tahap penguasaan bahasa Inggeris saya pun bukannya yang bertaraf antarabangsa pun. Penguasaan saya hanya tahap normal bahasa Inggeris dalam Malaysia.



“Saya buang segan itu dan baikinya. Pendengar dalam kalangan begitulah juga yang saya harapkan dapat mengikuti kami. Fly FM ini bersifat kerakyatan. Saya pun idam sangat nak menjadi sebahagian daripada itu,” katanya.

Bagi Ean yang juga bekas penyampai Hitz, dia sentiasa mencari titik pencetus keterujaan dalam kariernya. Hal yang mampu membuatkan hatinya bergetar mahu terbabit dan nikmati dengan seronok.

Tawaran kendalikan segmen itu benar-benar mengetuk hatinya untuk terus angguk setuju. Hala tuju yang Fly FM susuri cukup mengena tepat dalam dirinya sekali gus menjadi sebab kukuh dia terimanya.

“Saya sudah menjadi penyampai radio selama 20 tahun. Sukar sebenarnya untuk kembali teruja mengenai sesuatu hal. Saya memerhati segala apa yang Fly FM sudah lakukan dari kejauhan.



“Dalam benak berfikir, andai saja dapat lakukan apa yang mereka buat. Mereka sambar apa-apa perkara terkini yang sedang berlaku. Saya tak dapat kesempatan turut serta dalam agenda mereka.

“Melihat inisiatif mereka yang tampil idea berbeza, semua itu benar-benar mengujakan saya. Saya rasa cemburu. Saya mahu menjadi sebahagian daripadanya,” katanya.

Ean turut bersyukur prosesnya berpindah ke ‘rumah’ baharu itu berlaku pantas dan sangat mudah. Katanya, Pengarah Kandungan Fly FM, Sean Matjeraie tidak menyulitkan dia langsung.

“Mendapat peluang ini, terasa seperti segalanya tiba tepat pada masanya. Baru lebih sebulan lalu saya berbual dengan Sean. Ia bukan sebab saya nak tinggalkan ‘rumah’ lain, tapi lebih kepada saya nak masuk di ‘rumah’ ini.



“Saya tak pernah terbabit dengan hal yang berlaku begitu senang untuk melakukan pertukaran. Jadi, misi sekarang adalah membawa maju setiap hal lebih ke depan. Mereka memang beri tekanan agak besar buat kami.

“Tapi inilah tugas kami untuk cetus permulaan baharu, lebih idea menarik. Kami akan saling membantu sesama sendiri. Kami pun sahabat baik yang benar-benar rapat dan banyak luangkan masa bersama,” katanya.

Ditanya apa mampu dia dan Haniff tawarkan kepada pendengar pula, misi Ean cuma satu. Untuk mereka dapat menyantuni pendengar sedekat yang mungkin dan sama-sama menikmati perjalanan sepanjang mereka kemudi segmen itu.

“Kami boleh jangka itu kerana ini satu perubahan yang sangat besar untuk kami pun. Ramai mata tertumpu kepada kami namun itulah yang memang kami mahukan. Kami ada banyak perancangan.



“Kami mahu jadi jauh lebih interaktif. Kami mahu tahu semua hal dan beri pendengar peluang turut serta. Ia sebuah perjalanan bersama antara kami dan pendengar,” katanya.

Terdahulu, Ean dan Haniff diumumkan meninggalkan Hitz dan Era FM walaupun masih belum tamat kontrak. Astro Radio memaklumkan mereka sudah memberikan komitmen dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Diikuti pengumuman keesokannya mereka menyertai Fly FM di sebuah pelancaran yang cukup meriah. Rata-rata orang ramai cukup teruja dan gembira dengan gandingan mereka. HM

Gandingan mustahil jadi realiti di Fly FM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia tinggalkan saya macam tu sahaja

Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]

Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]

Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker